Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 26, 2010

Kesibukan yang melanda!!

Posted by Faridatul at 11:15 AM
Hari ni aku dikejutkan ngan ym nadia.. Dah lama tak berhubung ngan nadia.. tup..tup.. keluar satu window ym dari dia

nadia: salam
nadia: amende ni...
nadia: bila nak update
nadia: merudum tul blog jhuu

"heheheh".. itu je ayat pertama yang aku keluarkan.. Idea nak upload memang ada..banyak aktiviti2 yang menarik yang aku nak kongsi ngan member2 di luar sana tapi apakan daya kesibukan yang teramat sangat sekarang.

Nadia tetiba minta resepi biskut makmur. Bagi aku biskut makmur la paling mudah nak ingat bahannya tapi bila nak buat remeh la jugak berbanding biskut lain.

Ingat lagi dulu-dulu kalu buat biskut masa bulan puasa, aku akan naik berapi.. yelah, siang sekolah, so masak la malam lepas solat terawih. Kekadang sampai 3 pagi buat kueh.. tapi yang paling sakit hati tiap kali buat, 10 dulang yang pertama tu boleh dikatakan adik2 aku la yang menghabiskan time2 tu jugak... Masak memang banyak gila la. Satu jenis kueh tu kekadang ada yang hampir sekilo. dapat la 2-3 bekas. tapi tak sampai sebulan jek biskut habis. Maklum la adik lelaki ramai.

Aku start buat kueh masa darjah 6. Itu kiranya tanpa bantuan mak aku. Adik2 lelaki ramai, kakak yang sorang plak masuk asrama. Jadi yang jadi mangsa aku la... dah plak tu masa darjah 6 tu mak sakit, so jadi la aku hidup berdikari semuanya.. masa tu juga dapat adik perempuan kiranya yang bongsu sekarang. Ngan keadaan mak yang tak berapa sihat dan si bongsu ni plak kuat melalak, sekali melalak pucat muka jadinya.. so aku ni kiranya paksa rela la buat semua kerja2 rumah. Ayah aku plak masa tu gi kursus pencen askar. Dari 8pagi sampai 2 pagi esoknya baru balik. memang berdikari sungguh la. Start dari situ aku pun berdikari begini sampai sekarang. Mungkin sekarang kurang sket kot sebab dah ada en abang.. hehehehehe

Tapi sekarang dah jadi malas nk buat biskut raya. Dengan kekangan masa, penat bekerja, plan menziarah lagi... so sekarang ni beli je. Kalau rajin pun ada la sejenis dua buat. Kalau ikutkan plan konon nak buat biskut yang every year aku buat iaitu batang buruk sabah @ batang buruk nestum. Resepi yang sedap tu aku dapat dari snih. InsyaAllah tahun ni gak dah plan ngan dilah nk buat kek lapis.. dah lama tak buat, 3 tahun lalu rasanya...

Ni resepi biskut makmur aku dulu:

Bahan-bahannya:

tepung gandum
minyak sapi
gula castor
kacang tanah yang digoreng dan dihancurkan separuh

Tepung digaul dengan minyak sapi sehingga tepung boleh dibuat bulat2 dan tak melekit pada tangan. Bila dah sebati, amik sedikit dan dibulatkan. Leperkan atau kosongkan dibahagian tengan, masukkan kacang dan bulatkan semula atau buat la bentuk mengikut bentuk yang disuka. Kemudian, masak sehingga kekuningan. angkat dan taburkan dengan gula custor.

Senang kan!! Ok.. Selamat mencuba nadia...

p/s --> kalu dh buat, jgn lupa simpankan sebekas tuk akak ye.. :-)

3 comments:

Xara said...

masak tu goreng ke?

MamaNasih said...

kak suri: sy bru nak tanya soalan tu...
K Fari:jangan guna minyak sapi jenama GHEE
eh, tulis komen cam fesbuk lak...hhahahha

Faridatul said...

suri --> bakar le.. nama pun biskut.

nm --> heheh.. thanks... akak dh letak pun pasal ni dlm facebook.. dlm blog ni lupa nk remainkan plak...

heheh.. tuk pengetahuan nm .. H2O adalah air.. kalu oksigen O2 jek... :-)

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea