Raya tahun ini dirasakan paling meriah sekali. Tahun ni juga, aku tidak beraya bersama ibubapaku buat kali pertama. Tahun ni beraya di rumah mertua di chini pahang.
Aku balik ke pahang 2 hari sebelum raya. Raya jumaat, aku dan suami balik ke pahang rabu pagi dalam jam 11. Jam 3 ptg kami dah sampai ke chini sebab ikut jalan kampung. Kalau ikut lebuhraya sah-sah jem.
Malam raya disini teramat meriah. Berdentam dentum mercun kedengaran. Masing-masing berlumba nak pamerkan mercum masing-masing. Anak-anak saudara ku iaitu anak adik-adik iparku tidak terlepas juga bermain bunga api dengan kawalan aku dan juga suamiku. mak diorng entah kemana dah.. hehehe.. sebab yang sponsor bunga api dan mercun tu adalah suamiku.. huhuhuh... Takde la banyak. sekadar menghiburkan budak2 dan memeriahkan suasana raya sahaja.
Raya pertama, aku dan suami berserta adik ipar ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat raya. Alhamdulillah, dapat juga aku menunaikan solat raya tahun ni :-)..... Maklumla semuanya pertama kali kan. Agak lain disini, selesai sahaja solat raya, diadakan tahlil. aku mulanya tak tahu dan dah menunggu suami untuk pulang. Lama jugak tunggu, last2 dalam 10 minit menunggu barulah kelihatan suamiku. Dia minta tunggu dahulu dan minta aku serta sekali tahlil yang akan diadakan.
Memandangkan hujan yang semakin lebat renyai2nya itu, hajat untuk ke kubur arwah ayah suamiku dimansuhkan. Balik dari masjid, jam sudah menunjukkan 10pg lebih. Bersalaman ngan mak mertua dan adik2 ipar yang lain. Lain la perasaan beraya di rumah mertua ni. Tapi apa2 pun, aku tetap gembira di hari yang mulia ini.
Selepas bersalaman, suami mengajak aku beraya di rumah jiran-jiran berdekatan sebelum jam 1ptg. Maklum la hari tersebut adalah hari jumaat. Jam 4 selepas suamiku sempat berehat setelah balik dari solat jumaat, kami sambung semula beraya di rumah kawan-kawan suamiku. Ramai juga yang ada disitu. Kawan-kawan suamiku kiranya macam aku juga. Semua jenis sporting. Mudah untuk aku join mereka. Seronok berkenalan mereka.
Malamnya pula beraya di rumah bapa sedara suamiku iaitu abang kepada arwah bapa suamiku. Rumahnya dekat area2 situ juga. Sebenarnya aku dah mula pening2 pada petangnya. Kalu ikutkan hati malas jek nak join tapi tak elok la plak nanti. Dah la lepas kawin, aku dan suami tak sempat nk g mengunjungi rumah saudara mara terdekat kat chini tu. Maka, aku gagahi juga. Sampai saja rumah aku terus memengsankan diri... heheheh... ini la perjalanan dan kehidupan aku beraya di rumah mertua... :-) Tahun depan tak tahu raya kat mana.. Samada di Kepong atau tetap di Chini.. hehehhe.. so tungggu saja tahun depan kalu usia dipanjangkan tuhan...
akan bersambung raya seterusnya...
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment