Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 26, 2012

Alhamdulillah.. jaundis wafiy dh ok

Posted by Faridatul at 10:07 PM
Alhamdulillah.. Tadi ada temujanji kat hospital serdang yang sepatutnya jam 11. Tapi kami bertiga (aku, suami dan wafiy) tiba lewat sebab ke klinik kesihatan sebelum tu. Sepatutnya temujanji ke klinik kesihatan adalah pada 25hb iaitu semalam tapi disebabkan aku dalam erti tak berapa sihat, dan terpaksa pergi ke klinik sendiri tanpa ditemani oleh encik hubby jadi aku pun tukar plan pergi esoknya iaitu hari ini.

Sekarang wafiy lena sesgt pada siang hari jadi bila masuk malam jek, dia mula tak mau tidur. Aku pun tak pasti adakah semua bayi macam tu ataupun hanya wafiy sahaja. Bila masuk jam 12 sahaja, wafiy mula tak mau tidur. Dan hanya minta disusukan. Kekadang non-stop dia nyusu sehingga terover nyusu. so apa lagi muntah la. bila dh muntah minta disusukan balik.. Aku hanya boleh tahan sehingga jam 5 pagi sahaja. Itu pun kekadang ada sedikit stress. Tapi apa boleh buat, anak nya pasal.. Apa lagi jam 5 tu jugak aku kejutkan suami sebab dh tak tahan mata dah. Minta dia pula tolong jaga wafiy sementara aku nak tido sehingga en hubby g keje. Susu perahan sebelum ini yang kononnya ada sedikit bekalan untuk hantar wafiy nursery nanti terpaksa digunakan. Mana tak nya selagi wafiy tak nyusu selagi tu dia tak mau tido.

So, semalam apabila en hubby kejutkan suh siap2 nk g klinik jam 7.30 sbb dia nk hantarkan dan kononnya plan nk balik nnt minta tolong dilah, terpaksa dibatalkan. Bila aku dikejutkan jek, mata dah berpinar2. Dah 3 hari tak tidur malam. so semalam tu klimak ngantuk tahap gaban la tu. aku cakap kat en hubby kalu misi call pandai2 la aku bg alasan.. aku ngantuk smpai terus tertido lepas tu. Wafiy yang sepatutnya dimandikan sebelum en hubby g keje pun aku ckp tak yah. Nanti bila aku dan wafiy bangun, pandai2 la aku mandikan dia.. huhuhuh.. jam 10 baru aku terbangun. seb baik wafiy pun qado tido gak cam aku... hahahaha

jam 9 setelah siap2 mandikan wafiy, kami ke klinik kesihatan dulu. Ramainya orang. jam 11.30 baru setel semuanya. Wafiy telah selamat dicucuk Hepatitis B. 23hb Feb nanti baru dtg lagi tuk cucuk lain plak.

Kat hospital Serdang plak seb baik misi atau dktr tak marah sbb lewat. Tapi takde pepe pun nk dibuat. Ingatkan kena ambil darah lagi. Rupanya alhamdulillah Doktor kata jaundis wafiy dh ok dan tiroid yang disyaki tinggi minggu lepas, selepas diuji semula dan hasilnya dh kembali normal. So Doktor kata tak perlu dtg dh ke hospital tiap2 minggu. Cuma nnt bulan 3 ada temujanji ngan klinik pakar nak cek TNT.

Alhamdulillah, semua dh ok. Tak sabar aku nk habis pantang then leh bawak wafiy jengjalan... ni asyik terperap kat rumah jek.. busan.. hehehhe... Kalu semua dh ok rasa cam nk balik umah mak kat selayang pun ada. Menghabiskan sisa pantang di situ plak.. hehehhe

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea