Malam tadi aku ngan en hubby mencari idea macamana nak tidurkan wafiy di malam hari. Kalu ikutkan wafiy ni takut kalu berada dalam gelap. So tak terpikir la nak tutup lampu. Kalu tutup lampu nnt kalu apa-apa berlaku padanya tak nmpak pula.
So, ada la lampu putih yang mmg aku khaskan tuk bilik tetamu. Kalu tak nk gelap sgt leh la pasang lampu tu. Agak romantik jugak la. Tapi lampunya tidak la terang mana. Bila dipasang terpaksa kami berdua cancelkan sbb lampu tu sungguhla romantik sehingga tak nmpak wafiy langsung.
Last2 try buka lampu garam. Lampu ni mmg ada dalam bilik. Tapi disebabkan lampu ni mnegeluarkan cahaya kuning so tak terpk nk pasang sbb mesti lagi malap dibuatnya. Aku minta juga en hubby try pasang. Alhamdulillah terang@ malapnya masih nmpk muka wafiy. Dan apabila dipasang lampu tu terus mata wafiy terkelip2 nk tido. Tapi biasa la wafiy ni takut gelap, so melalak la jugak dia sehingga aku tepuk dan mukaku betul2 depan muka dia baru dia senyap. Sabo jelah hero kesayanganku ni... hehehe...
Alhamdulillah, malam tadi sedap jugak aku tido walaupun setiap 2 jam dikejutkan untuk wafiy nyusu at least ada gak aku lelap ngan lenanya berbanding sebelum ni.. hehehe.. Kalu mak aku mesti leter kata tidur la sama ngan anak waktu siang semoga leh jaga malam. Aku ni susah sket nk tidur siang. Lagipun tidur siang tak sama ngan tidur malam walaupun dpt tidur sejam di malam hari ngan tidur siang sepanjang hari, kenikmatannya berbeda.... hahahhaa....
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment