Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 23, 2012

Jaundis a.k.a penyakit kuning

Posted by Faridatul at 2:55 PM
Cerita ini adalah kesinambungan penyakit kuning yang dialami oleh Wafiy. Sebagaimana yang telah diceritakan sebelum ini, bacaan terakhir wafiy yang aku perolehi dari klinik kesihatan adalah 13.7. Tetapi bagaimanapun Doktor menyarankan aku pergi juga ke hospital serdang untuk membuat ujian darah dan air kencing untuk menguji samada terdapatnya masalah penyakit hati.

ni gambar aku curi-curi ambil masa wafiy dah satu lampu. Masa ni kat dalam bilik ibu2. Kalu dh 1 lampu boleh tarik baby masuk dalam bilik ibu dah.

Selasa 10 jan aku dan suami ke hospital serdang. Walaupun smlm wafiy dalam keadaan aktif tetapi apabila aku berada di hospital serdang wafiy asyik tidur aje. Baliknya dari hospital, wafiy kembali aktif. Jam 1 pg semasa semua nyenyak tidur aku dapat call dari hospital serdang katanya suh admit segera. Aku memberitahu aku hanya admit esok pg walaupun orang yang call suh juga admit waktu terdekat tetapi aku berkeras untuk admit esok sbb aku sungguh tidak percaya bacaan yang diperolehi dari hasil ujian pg td adalah 381. Malam tu juga aku kejutkan suamiku dan minta bancuh susu formula untuk disusukan kepada wafiy. Sepanjang malam tu wafiy hanya diberi susu formula sahaja.

Rabu jam 10 pg baru lah aku tiba di hospital serdang. Rupanya yang call aku smlm adalah Doktor yang akan incharge wafiy sepanjang wafiy berada dlm wad NICU ini. Aku ke meja pendaftaran. Apa lagi setelah misi2 kat situ tahu aku sepatutnya admit jam 1 pagi td aku dibeleteri yang agak panjang. Aku diam sahaja dan hanya tersenyum.

Aku memberitahu Doktor bahawa sesungguhnya aku tidak percaya akan bacaan tersebut. Setelah ujian darah dilakukan sekali lagi, bacaannya adalah 358. Sungguh aku tidak percaya. Apa lagi wafiy pun dijemur dibawah 3 lampu. Makin hitam anak aku dibuatnya. Aku tak kesah kalu wafiy hitam asalkan dia cepat sembuh dan doktor tak cucuk dia tiap2 dua jam.. Sian aku tgk dah tak de tempat lagi doktor nak amik darah kat tangan dia.. dicucuk plak kat bawah lengan... masyaAllah.. sedey sungguh.

Setelah 2 hari aku berada disana, akhirnya aku dibenarkan pulang pada hari jumaatnya. Ini pun disebabkan Pakar telah mengesahkan kemungkinan wafiy kena breastmilk jaundis atau prolonged jaundis. Maknanya pakar memberitahu aku bahawa kemungkinan besar wafiy boleh terkena jaundis ni sehingga usianya 3 bulan. Walaupun disebabkan susu aku ni yang menyebabkan dia kena jaundis, tetapi mereka suh aku teruskan juga menyusu badan ke wafiy sebab tiada memberi kesan lain cuma akan dipantau setiap seminggu di NICU ni.

Aku nekad walaupun dibenarkan balik dari wad NICU, bacaan wafiy masih 263 iaitu 15.48 bacaannnya dan masih dikategorikan tinggi juga. Hanya disebabkan usianya yang sudah menjangkau hampir 20 hari jadi Doktor benarkan balik kalu bacaan kurang dari 270. Balik sahaja dari hospital aku segera menukar susuku kepada susu formula selama sehari. Bukannya apa, lusa aku kena bawa wafiy ke klinik kesihatan pula. Alhamdulillah, mmg nmpk penurunannya. Bacaan jaundis wafiy turun ke 8.5.

Sekarang apa yang aku buat hanyalah bagi susu ku pada wafiy. Tapi biasalah anak lelaki banyak menyusu dan skrg dia asyik kembung dan asyik muntah jek lepas menyusu... lepas muntah nak menyusu semula so tak cukup la susu nak bagi.. Apa lagi terpaksa la juga bagi susu formula ke wafiy. So skrg ni dah tak jadi sepenuhnya bagi susu badan ke wafiy... Mungkin ini rezeki dia.. Harapnya walaupun bercampur ngan susu formula dapatlah aku memberinya susu badanku sendiri sehingga dia berusia 2 tahun... aminnn...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea