Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 14, 2012

Jalan-jalan di Cameron Highland

Posted by Faridatul at 5:15 PM
Percutian yang sepatutnya dibatalkan , diteruskan jua. Apa taknya ateh dengan sehabis mungkin memujuk aku dan lain2 untuk pergi juga ke Cameron Highland. Akhirnya aku mendapat rumah atas pertolongan Masura. No contact Puan anis yang pernah dia deal dahulu diberikan kepadaku.

Sebenarnya aku ada juga no contact empunya apartment disana. Tapi sayang apartmentnya telah  dibooking untuk 3 hari dari Sabtu sehingga la Isnin. Aku memulanya pasrah apabila En Subhki kata dh penuh, tp bila call Puan anis dia maklumkan masih ada. Cumanya bila aku ke sana, aku diberitahu oleh Puan Kathy puan anis hanyalah orang perantara dan dia sebenarnya duduk di Terengganu. Sabau ajelah...

Walapun rumah yang aku dapat kali ni tidak secanggih rumah encik subhki tetapi aku redha. Alhamdulillah dengan program sebegini merapatkan lagi hubungan anak2 yang ada. Dari perhatianku, Amir yang malu2 dan asyik gaduh2 dengan klhalil sudah mula menunjukkan kemesraan antara mereka. Seronok tgk mereka bermain bersama, berlari bersama tapi sayang wafiy hanya boleh tgk aje.. heheheh

Hari pertama sampai kami check in jam 2 pm. Setelah masuk rumah, hujan mula turun lebatnya. Nasib baik semua bekalan sudah dibawa untuk masak2. Jam 6pm hujan mulai redha dan kami ke pasar malam di Brinchang. Bunyi azan sahaja kami pun balik. Alhamdulillah sampai sahaja di rumah, hujan mulai turun semula membasahi bumi Cameron Highland.

Hari kedua, setelah check out jam 9.30 pagi, kami semua ke Bee farm. Kemudian ke Ladang Boh di sg palas. Cantik sungguh pemandangan di sini. Cuma berbeza dengan ladang Boh di tringkap, tempat parking kereta dan  lokasi pemandangan tidak la jauh. Tetapi pemandangan di sg palas lagi cantek. Kemudian kami lunch di medan selera di brincang. Perjalanan bersambung lagi dengan mengunjungi kea farm dan akhir sekali strawberry farm. Jam 4 pm kami pulang dan akan berkumpul semula di rumah Yong. Cumanya Yong telah pulang dahulu selepas makan tengahari. Aku dan Fadzli ikut laluan Simpang Pulai manakala Alang menuruni tapah jalan yang bengkang bengkok itu.. huhuh

Setelah makan nasi dan solat jamak di rumah Yong, aku yang pertama pulang kerna destinasiku masih jauh. Nak singgah rumah mak lagi hantar ateh.. Jam 12 baru la sampai ke rumah dengan selamatnya. Penat tak terhingga tetapi ketenangan di ladang Boh betul2 memukau aku hari ini.. heheheh

kami adik beradik bergilir2 menyuapkan strawberry fresh dr ladang ke mulut mak.. selamat hari ibu mak

bergambar di ladang boh

wafiy berjaya menarik perhatian beberapa minah saleh kat sana.. hahaha

bergambar di depan kilang teh boh

papan atnda dalam kilang teh boh

masing2 khusyuk membaca papan tanda sambil memerhati mesin penggelek teh

bergambar di bee farm

fadzli dan ila memetik buah strawberry fresh

Wafiy bergaya ngan baju sejuk barunya.. hehehe


2 comments:

Ibu Aimy said...

haah la fari.. aku lupa plak pasal tu... ko ada amik no pn khaty tu tak? nk simpan senang apa2 hal nnt leh call dia terus

Faridatul said...

dah.. ade dia bagi kad kat aku...
ni nonya :

kathy: 016-5038944 / 019-4444086
atau emel : dalnoz@ymail.com

nak tempah apartment ke hotel ke.. dan makan pun boleh... bgtau jek dia

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea