Pages

Wednesday, May 2, 2012

Wafiy sudah pandai memusingkan badannya

Posted by Faridatul at 11:53 AM
Minggu ni wafiy mencecah umur 4 bulan setengah. Aku perasan dari minggu lepas wafiy sudah pandai membengkokkan kakinya dan hendak masukkan kakinya ke mulut. sekarang ni stokin nya asyik nak tercabut aje. Mana taknya, bila lepa jek diatas katil dia akan bercakap sorang2 dengan bahasanya dan tangannya mencapai kaki. 

Dan satu lagi perkembangan yang aku nmpk minggu lepas dia sudah pandai memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan dan menggerakkan badannya. Sekarang ni aku dan suami terpaksa tido dalam berjaga2 sebab wafiy dah meguasai katil keseluruhannya. kekadang dia jaga di tengah malam dan bercakap sorang2 then memusingkan badannya. Dari tidur menegak, bila aku terjaga badannya dan beralih ke 90 darjah. dan pernah sekali aku perasan kepalanya sudah berada di paras pinggangku..  Macam mana dia melurut, aku  pun tak pasti (masih dalam membuat kajian..) hehehe...

Dia pun dah pandai ketawa. Tapi kena tgk mood dia. Kalu mood dia asyik senyum jek masa tu ada peluang nk bagi dia ketawa. Kalu senyum pun kena paksa, senyum jelah kalu digeletek pun.. huhuhu...

Dah besar rupanya anak aku ni.. Tak sabar nak ajar dia berenang plak. Nanti la bila ada masa terluang nak ke rumah dayah atau aqeen untuk bermain di swimming pool coz kat area rumah apartment diorng ada swimming pool.. hehehe..

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea