Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 30, 2009

Tahlil Dan Limau Boi

Posted by Faridatul at 9:21 AM 4 comments
Jam 6 semalam di masjid ukm ada majlis Tahlil Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Tapi biasa la kan kehadiran ahli untuk majlis sebegini hanya berapa kerat jek yang nk hadir. Teramat la sedih jika dibandingkan kehadiran konsert2.

Bilangan pesertanya teramat la sedikit. Walaupun pelajar ukm sedang bercuti sekarang, ianya bukan la alasan. Sepatutnya staf2 ukm diwajibkan hadir ke majlis tahlil tersebut. Inilah tanda penghargaan terakhir warga ukm kepada almarhum Tuanku.

Almarhum Tuanku seorang yang penyayang. Walaupun almarhum Tuanku dh tua, tetapi bila majlis konvokesyen, almarhum Tuanku tetap mahu berdiri dan menganugerahkan sendiri sijil kepada para penerima konvo tersebut. Begitu gigih beliau untuk memberi penghargaan dan beliau suka senyum dan bertanya kabar kepada calon2 tersebut.

Setelah majlis tahlil selesai, aku pun balik dan menyambung kembali membuat asam boi. Petang tadi sebelum bertolak ke masjid dah siap separuh, sekarang nemyambung kembali sehingga limau habis.

limau yang aku kutip depan rumahku..tak sangka boleh dapat banyak sebegini di pohon yang sekangkang kera tu :-)

Habis tangan-tangan ku merah terkena warna asam boi tersebut. Tak sabar nk makan. Tapi limau asam boi yang ku buat ni adalah untuk dijadikan minuman. Resepi ni aku perolehi dr adik ipar ku. Selepas mendengar resepinya, aku teruja nak buat selepas menonton siri cerita "jalan-jalan cari makan" di TV3. Ada satu kedai cina ni di Ipoh, menjadi tempat persinggahan orang ramai adalah kerana air asam boinya. Cara penyediaanya sama seperti yang diajar oleh adik ipar ku. Adik ipar ku ada bgtau, kalu jual sebotol yang hanya ada 5 biji limau sahaja jualannya boleh mencecah rm25 - rm30. Begitu sekali!!!

Asam boi yang disumbatkan di tengah2 limau dan disusun ke dalam balang..

akhir sekali, dituangkan gula sehingga penuh dan menutupi limau tersebut..

Aku pun baru perasan kalu tengok cerita2 cina, mereka akan simpan limau dalam balang dan simpan atas almari. Rupa2nya limau ni la. Lagi lama lagi sedap. huhuhu... apa2 pun kite tunggu dalam 3-4 bulan untuk tengok hasilnya. heheheh

Inilah hasilnya, apabila gula telah bertindak balas ngan asid limau..gula telah menjadi cair..

Wednesday, January 28, 2009

Air soya Freshh

Posted by Faridatul at 2:55 PM 5 comments
Semalam mengemas dapur.. tetiba jumpa pula kacang soya yang beli tahun lepas. Walaupun tahun lepas akhir2 tahun dah jugak, so masih elok.

Daripada menunggu daripada kacang soya tu buruk, aku pun terus mengambil penapis dan basuh2 kacang soya dan rendam dalam periuk. Kononnya pagi esok lepas subuh nak masak.

Pagi tadi aku bangun, tetiba kemasalan melanda. Aku terus bersiap2 untuk pergi kerja. Hanya menukar air rendaman kacang soya supaya kacang tidak berbau busuk.

Tengahari waktu lunch hour, aku curi balik rumah. Lepas makan laksa yang dibeli dr unikeb, aku pun terus mem'blender" kacang dan masukkannya ke dalam periuk. Nyum...

soya yang sedang di blander dan ditapiskan ke dalam periuk

soya yang telah ditapis.. sedang tunggu untuk dimasak


Satu periuk besar dapat, tapi sayangnya lepas dh siap masak hanya tinggal separuh. Ini gara2 air soya melimpah kerana gara-gara aku nk tgk berita pasal halangan demo kematian lelaki india (entah apa namanya) yang mati dalam tahanan polis. Air soya ditinggalkan begitu saja tanpa memperlahankan api.. huhuh... padahal kejap jek tuh. wawawa... :-((

hampas soya yang akan dijadikan baja kompos

ini lah hasilnya..baja kompos hasil dari hampas kacang soya..huhuh


Friday, January 23, 2009

Rakan-rakan seperjuangan..

Posted by Faridatul at 2:45 PM 5 comments
Guru-Guru IT FTSM

Kami berlima ni lah yang memenuhi FTSM.. Khidmat terus diberikan walaupun ada mcam-macam tohmahan diberikan. Biarlah mereka dengan keluarga mereka asalkan kami terrus bahagia.. hahahaha (tetiba jiwang plak..)

Wajah-Wajah ceria Guru-guru IT

Cikgu Fari, Cikgu Rohizah

Cikgu Azura (bakal dpt Dr. phd.), Cikgu Masura, Cikgu Shahrina

Thursday, January 22, 2009

Ingatan dari seorang sahabat

Posted by Faridatul at 12:11 PM 0 comments

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.


Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

- From koj_kindaichi (my good friend from Terengganu)

Sunday, January 4, 2009

Menyiapkan Potpuri

Posted by Faridatul at 10:17 PM 0 comments
Adik ku Fadzli atau nama samarannya pali telah meminta pertolongan aku untuk buat goodies perkahwinannya. Ada lagi dalam 2 bulan sebelum perkahwinannya. Bulan lepas dh tgk goodies kat nilai3 tapi tiada satu pun yang berkenan. Maka terpaksa la buat goodies sendiri.

Inilah daun pandan yang dikutp depan rumah

Plan nk buat potpuri tp tak jumpa bekas nak dimasukkan potpuri tu lagi. Tapi aku dh gunting2 daun pandan yang tanam kat depan rumah. Nanti tambah jek dengan bunga-bunga kering yang dh siap jual kat pasaraya tu..

Daun pandan yang dh digunting..segugus daun pandan td dpt byk ni jek...penatnya meggunting

Sambil2 menggunting daun pandan, dapat pula mesej dari akmar yang mengatakan dia eksiden di kuantan, perjalanan balik ke KL. Ya Allah, risau nya aku dibuatnya. Membayangkan bukan-bukan.

Bonet kereta yang kemet dihimpap badan lembu

Tapi alhamdulillah, semuanya selamat. Yang tercedera bonet kereta yang kemek, pintu driver tak boleh buka, dan lampu depan pecah. Melegakan juga adalah, enjin tiada masalah. Tidak terjejas akibat eksiden tersebut.

Kelakar tak kelakarnya, eksiden itu berlaku kerana dua ekor lembu. Dua ekor lembu yang berlari2 dr kumpulannya menyeberangi jalan dari jalan seberang untuk melintas jalan. Zainal yang ketika itu memandu dalam keadaan hujan lebat tidak beberapa nampak lembu tersebut berlari-lari menyeberangi jalan.

Kemek disepak oleh kaki lembu yang keras

Tapi yang pelik lagi ajaib yang aku dengar dari akmar dan zainal, mengatakan lembu seekor lagi yang bersama-sama menyeberangi jalan menepuk belakang lembu tersebut yang mengalami eksiden dengan mengangkat kaki nya dan meletakkan di belakang lembu sekor lagi smbil menepuk2nya..(umpama kita menepuk bahu kawan dengan tangan sambil berkata bawak2 la bersabar ye..)

Dapat beg baru..

Posted by Faridatul at 9:10 AM 4 comments
Sebaik sahaja habis exam di Dewan T.I.B.E KL, aku pun ke sogo.. maklumlah dah setahun aku tak membeli belah di sana.. biasanya masa member sale aku akan sana, tp tahun ni aku dh terlepas member sale tersebut.

Dilah, rakan karib ku seperti biasa menemani aku. Nak beli set cadar kawen tuk pali. Hege biasa rm789 dpt sale 70% jd rm190. ok la tu.. tp masa nk bayar jadi rm139 plak. Katanya dpt lagi 20% dr 70% tersebut.. wargh... bestnya. Aku berkenan sungguh ngan set cadar yang 100% cotton tu.. putih bersih jek warnanya. hege after diskaun rm190 slps 70% diskaun. tp yang ni takde 20% diskaun lagi spt cadar pali. Nak beli tak cukup duit sbb nk beli handbeg sandang tepi kat floor bawah... so cadangnya esok2 la beli..


Inilah beg yang menjadi "kejelesan" suri n wani..huhu

Setibanya di rumah, suri jeles melihat beg ku itu.."Akak, mana nk dapat beg tali panjang camtu, saya nk satu.. akak jual ke saya jelah"... hahahah.. aku ckp nnt kita beli lain kali. Malamnya pula wani seperti biasa dtg menyanggah ke rumahku. Tujuannya tuk ambil daging. Seperti suri, dia pun nakkan beg ku itu.. huhuh.. jelesnya deme2 ni. Berita yang tak best didgr bila wani kata sogo sale hingga esok jek.. warghhhh.. melepas la cadar pilihan ku itu.. huhuhu..

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea