Plan nk buat potpuri tp tak jumpa bekas nak dimasukkan potpuri tu lagi. Tapi aku dh gunting2 daun pandan yang tanam kat depan rumah. Nanti tambah jek dengan bunga-bunga kering yang dh siap jual kat pasaraya tu..
Sambil2 menggunting daun pandan, dapat pula mesej dari akmar yang mengatakan dia eksiden di kuantan, perjalanan balik ke KL. Ya Allah, risau nya aku dibuatnya. Membayangkan bukan-bukan.
Tapi alhamdulillah, semuanya selamat. Yang tercedera bonet kereta yang kemek, pintu driver tak boleh buka, dan lampu depan pecah. Melegakan juga adalah, enjin tiada masalah. Tidak terjejas akibat eksiden tersebut.
Kelakar tak kelakarnya, eksiden itu berlaku kerana dua ekor lembu. Dua ekor lembu yang berlari2 dr kumpulannya menyeberangi jalan dari jalan seberang untuk melintas jalan. Zainal yang ketika itu memandu dalam keadaan hujan lebat tidak beberapa nampak lembu tersebut berlari-lari menyeberangi jalan.
Tapi yang pelik lagi ajaib yang aku dengar dari akmar dan zainal, mengatakan lembu seekor lagi yang bersama-sama menyeberangi jalan menepuk belakang lembu tersebut yang mengalami eksiden dengan mengangkat kaki nya dan meletakkan di belakang lembu sekor lagi smbil menepuk2nya..(umpama kita menepuk bahu kawan dengan tangan sambil berkata bawak2 la bersabar ye..)
0 comments:
Post a Comment