Bilangan pesertanya teramat la sedikit. Walaupun pelajar ukm sedang bercuti sekarang, ianya bukan la alasan. Sepatutnya staf2 ukm diwajibkan hadir ke majlis tahlil tersebut. Inilah tanda penghargaan terakhir warga ukm kepada almarhum Tuanku.
Almarhum Tuanku seorang yang penyayang. Walaupun almarhum Tuanku dh tua, tetapi bila majlis konvokesyen, almarhum Tuanku tetap mahu berdiri dan menganugerahkan sendiri sijil kepada para penerima konvo tersebut. Begitu gigih beliau untuk memberi penghargaan dan beliau suka senyum dan bertanya kabar kepada calon2 tersebut.
Setelah majlis tahlil selesai, aku pun balik dan menyambung kembali membuat asam boi. Petang tadi sebelum bertolak ke masjid dah siap separuh, sekarang nemyambung kembali sehingga limau habis.
limau yang aku kutip depan rumahku..tak sangka boleh dapat banyak sebegini di pohon yang sekangkang kera tu :-)
Habis tangan-tangan ku merah terkena warna asam boi tersebut. Tak sabar nk makan. Tapi limau asam boi yang ku buat ni adalah untuk dijadikan minuman. Resepi ni aku perolehi dr adik ipar ku. Selepas mendengar resepinya, aku teruja nak buat selepas menonton siri cerita "jalan-jalan cari makan" di TV3. Ada satu kedai cina ni di Ipoh, menjadi tempat persinggahan orang ramai adalah kerana air asam boinya. Cara penyediaanya sama seperti yang diajar oleh adik ipar ku. Adik ipar ku ada bgtau, kalu jual sebotol yang hanya ada 5 biji limau sahaja jualannya boleh mencecah rm25 - rm30. Begitu sekali!!!
Asam boi yang disumbatkan di tengah2 limau dan disusun ke dalam balang..
akhir sekali, dituangkan gula sehingga penuh dan menutupi limau tersebut..
akhir sekali, dituangkan gula sehingga penuh dan menutupi limau tersebut..
Aku pun baru perasan kalu tengok cerita2 cina, mereka akan simpan limau dalam balang dan simpan atas almari. Rupa2nya limau ni la. Lagi lama lagi sedap. huhuhu... apa2 pun kite tunggu dalam 3-4 bulan untuk tengok hasilnya. heheheh
4 comments:
Pandailah fari ni. Ngape tak letak resepinya? KakChik pun try buat la jugak.
k fari...jangan tersimpan sampai setahun mcm kacang soya tu ye... he he he
lamanya 3 4 bulan!! baru cadang nk turun kl mgu dpn nk mkn asam boi tu..huhuh..sanggup tu..;p
oo.. tu tujuannya. nak tanya lupa pulak
Post a Comment