Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, February 14, 2009

Kecurian di Taman Tenaga

Posted by Faridatul at 12:30 AM
Kelmarin(Rabu lepas) kasut ku telah hilang. Hendak saja keluar pintu rumah, aku terpinga-pinga. Apa yang aku cari dr tadi. Ohh..rupa-rupanya aku mencari kasut keje ku. Kasut ni hanya ku pakai jikalau hendak pergi kerja atau tempat tertentu sahaja. Kalu tempat biasa aku selalunya pakai sandel sahaja. Maklum la kasut mahal (bagi ku la)..huhuhu

Inilah kasut aku. Lebih kurang sama cuma warna jek berbeza.. sodehnya.. sob..sob..sob

Habis semua tempat aku mencari. Termasuk la bawah kereta dan di sebalik pokok-pokok ku. Tetapi malangnya tetap tiada. Warghhh.. kasutku sudah hilang. Mana perginya kasut "polo" ku.. wawawawa

Seharian aku memikirkan kasut ku itu dan mengharap ianya akan muncul semula di depan rumah. Alangkah bagusnya jikalau balik nanti dari kerja ia sudah berada di rumah.

Semuanya hanyalah impian semata. Malamnya aku berdiskusi dengan mizan. Yang peliknya, malam kejadian aku terlalu lena tidur sehingga malam ku tiada mimpi dan tiada terjaga sedikit pun. Jarang malam ku tidak terganggu dalam jam 2-3 pagi. Mesti terjaga walaupun sekali.

Rupa-rupanya mizan pun mengalami nasib yang sama. Sebab dia pun sama macam aku. tidur mesti terjaga dalam jam 4. Tapi hari kejadian dia pun terbabas bangun dan hampir terlewat pergi kerja. Rupanya2 kami terkena pukau.

Pagi tadi en ibrahim menelefon aku untuk meminta aku menolongnya pagi esok untuk membantu membuat DFD bagi kes studynya. huhuhu.. aku pun mengambil kesempatan ini untuk menanyakan keselamatan penduduk taman tenaga. Adakah kecurian ada dilaporkan. Maklum la encik ibrahim ni imam taman tenaga dan pengerusi taman tenaga. Mesti dia tahu!!

Terkejut bila aku dengar malam yang sama ade rumah en umar(kalau tak silap) dimasuki pencuri dan hampir rm7k (barang kemas dan nilai tunai) yang diambil oleh pencuri tersebut. En Umar sekeluarga tidak sedar pun bila kejadian tersebut berlaku. Aduh..menakutkan sungguh.. Ini mengsahihkan aku lagi bahawasanya pencuri tersebut memang memukau orang.. takutnya..

Walaupun sedeh aku tetap bersyukur keselamatan ahli rumah tidak diapa-apakan. Dan sebagai pengingat diri, banyakkan membaca al-quran dan mengamalkan ayat pendinding diri. Sebelum tidur tu baca la ayat kursi untuk melindungi diri dan harta benda ketika tidur. Itu pesanan dari wani yang dipetik dari ustaz harun din, Tok Guru Darul-Syifa'.

3 comments:

sis_aflah said...

masa kunci pagar tu baca la skit..klu kunci pagar..biasa sy baca ayat yg maksudnya kita berserah kpd Allah tu..pastu baca la ayat kursi..
cdgkan pd en ibm..buat rondaan..hehe

Unknown said...

kakchik pula terkena tipu hari ni, nasib baik RM100, itupun dah rasa macam-macam.

kasut fari mahal sebab tu ada orang curi, kasut polo blh jual balik kat uptown

Faridatul said...

sis aflah --> huhuhu.. dh tak perlua bg cadangan dh pun. diorng dh nak buat rondaan. tp ada masalah teknikal ngan geng amran kasimin dulu.. moga2 hal tersebut dapat diselesaikan dengan cepat agar penduduk taman tenaga selamat..aminnn..

k chik --> opp ye ke kak chik. Takziah.. anggap la itu ujian Allah. Lebih kurang la jumlah k chik kena tipu ngan jumlah hege kasut fari tu. huhuhu

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea