Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 23, 2009

Berjalan-jalan ke Taiping

Posted by Faridatul at 11:36 PM
Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Taiping. Agak2 setahun lebih rasanya. Walaupun kampungku di perak tetapi aku tidak seperti orang lain yang kerap balik ke kampung.



Disebabkan memenuhi jemputan "kenduri" sabtu lalu, barulah aku ke sana. Mengajak ahli bait orenji dan juga dijah untuk ikut serta. Penuh kereta dengan 5 orang puteri-puteri ayu. Berhenti makan pagi di RnR Tapah.

Yang bestnya trip kali ini, aku dapat merasa mee udang. Sudah 2 kali aku mengidam nak makan mee udang. Yang terbaru masa kawen nadia. Nak g kuala sepetang sebaliknya kenduri kawen nadia lalu tapi malangnya tak tahu jalan. Kali ni member yang tunjuk jalan, so dapat la merasa. Lagi best member plak yang belanja.



Mee udang. Rm12 sepinggan dengan isian 9 ketul udang yang besar2 jugak la saiznya.

Setelah perut sudah kenyang diisi dengan mee udang, perjalanan diteruskan ke tasik Taiping. Nak mengayuh bangau di tasik Taiping. Kali terakhir aku datang sini, nak main tapi dh terlebih masa. So diorng tak benarkan naik. Kali ini plak, hujan tetiba turun dengan lebatnya. Sedihnya, punya la azam menunggu, tetapi menyerah kalah dan pasrah apabila melihat hujan semakin lebat. Tetapi lebih kecewa apabila ketika semua sudah naik kereta untuk pulang, hujan berenti dengan tiba-tiba. Setitik ujan pun tak turun. Teramat la sedeh. wawawawa


kecewa.. apa la nasibku ini.. asyik tak dapat jek nak mengayuh basikal ni..


melepaskan ketensionan.. konon nak naik keta ni plak la.. hahah

Setelah dikecewakan begitu rupa.. kami pun ke ke kedai yang aku masih ingat lagi, ketika aku darjah 3. Dapat no 1 di sekolah rendah dan no 3 di sekolah agama, adik aku shawal dapat no 2 di sekolah dan kakak aku dapat no 1 di sekolah... sempena dengan kononnya cemerlang itu, abah belanja makan kami adik-beradik di sini.

Inilah kenangan yang aku ingat sampai bila-bila. Abah bawa jalan-jalan g zoo. Jalan2 di tasik taiping dan setibanya malam makan kami makan disini. Kenangan yang paling manis, aku ngan adik-adik adalah ketika abah mengorder satay. Banyak satay yang kami makan. Konon kesiankan abah, setiap kali kami makan, separuh lidi akan kami bergilir-gilir membuang di tong sampah yang berdekatan. Abah dan mak pelik. Nape kejap-kejap ada yang bangun. Rupa-rupanya nak buang lidi. "Nanti masa nak bayar, hanya bayar separuh", kata kami. Mak dan abah hanya mentertawakan kami saja. Tapi mak kata masa dia dulu pun buat cam tu gak. hahaha.. Mana tahu masa tu kami kecil lagi.. mana tahu penjual tu dah kira awal-awal. Ingatkan kira lepas makan. hehehe...


Yong tau foo.. aku mengenali makanan ini ketika darjah 3. Disini la abah bawak makan..


Berlumba-lumba mengambil gambar.. huhuhu

4 comments:

Anonymous said...

ha..dapat pon tangkap gambo 'tuju' tepeng tu.. next time nak makan laksa plak.. kawan cakap kat pokok asam sedap..hehe..

Unknown said...

seronoknya...
amboi... besarnya udang tu... mesti sedap sungguh.
zaman dulu masa digicam mula2 keluar, klu ada yg ambik gambr, semua org tgk
zmn skrg kebykan HP ada kamera, ramai2 ambik gmbr pun org tak heran dah... tak pandang pelik pun

Xara said...

tu la kak fari, saya nak belanja naik hello kitty tu tak mau. Kan dah keciwa.

Faridatul said...

dijah--> no hal. nnt bg peta jalan ke sana. heheheh

k chik--> tu la kck chik. pelbagai angel gmbr di ambil. siap tuan2 empunya kamera pun posing.. orang kiri, kanan, depan belakang dh buat tak tahu jek... huhuh

xara --> ala.. ade ke ckp ari tuh. akak nk naik yang "atramen".. taknak naik hello kitty.. hello kitty tak kuat cam "atramen".. nnt dia plak yang keciwa..hahahha

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea