Semalam aku terpaksa balik awal dari kerja, walaupun jam menunjukkan pukul 5.15 ptg. Janji ngan encik atan jam 5.30pm. Walaupun cadangnya nak balik lambat. Kerja masih banyak tak habis lagi tapi sebab dah janji ngan en atan terpaksa la tangguh.
Setelah en atan balik dari membaiki elektrik di ruang tamu, aku ngan cik dilah pergi ke tempat selalu kami menjamu selera. Perut dah gila2 lapar. Ke restoren romzee la tempatnya.
Balik saja dari makan, aku pun mahu melihat pokok nangka ku yang buahnya kian membesar. Sakit hati tetiba muncul apabila plastik yang aku balut pada buat nangka tersebut telah koyak. Aku bebel seorang diri.."ni mesti kerja monyet ni".. sebab buat tu nun jauh diatas pokok.
Tak perasan plak ada seekor monyet diatas atap rumahku.. yang kelakarnya, sepanjang aku bebel dia dengar jek bebelanku. sekali aku menoleh padanya, terus dia mendengus pada aku dan terus melompat ke pokok nangka tersebut.
Makin marah aku dibuatnya. Dikoyakkan pula plastik yang lain..dengki kianat betul la monyet ni. Pastu siap plak dia makan buah pisang aku. Patut la selalu pokok pisang aku tu tak sempat nak membesar, mesti hilang..
Aku bebel..dia mendegus marah... gaduh mulut aku dengan dia..paham juga dia apa yang aku katakan..huhu.. tak samapi 5 minit, habis seluruh keluarga dia datang serbu kat atap rumah aku. sampai aku tak boleh masuk rumah hampir 20 minit la gara2 gaduh ngan monyet-monyet ni.
Patut la juga buah limau aku separuh pokok dah hilang.. semua gara-gara monyet yang dengki itu.. huhuhu..
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
2 comments:
belajar2x la berkata sopan dgn cik mon2 tu. Sbb diorg pun belajar tatabersila
hehehe.. nak wat camne.. dh marah sangat masa tu... dh salah depa.. bdak2 pun kena diajar apatah lagi binatang.. hahahaha
Post a Comment