Pages

Thursday, April 30, 2009

Perbualan surirumah 'VS' orang bekerja

Posted by Faridatul at 1:59 PM
Hari ini aku ngan cik dilah berdiskusi mengenai topik perbualan surirumah 'vs' perbualan orang yang bekerja. Topik ini dibicarakan semasa perjalanan ke ofis. Topik ini terkeluar sebab sekarang cik dilah tengah menguruskan satu konferen di Ikrab yang akan diadakan pada bulan oktober nanti. Dalam 2-3 hari ni asyik membicarakan pasal konferen jek.. huhuh

Tapi, ini lah hakikah dunia surirumah dan dunia orang bekerja. Kalau dunia surirumah mereka akan membicarakan topik-topik yang berkaitan kehidupan, rancangan tv, masakan dan sebagainya..

Antara ayat-ayat perbualan surirumah:

"apa kabar sekarang, dengar kata blablabla..."
"Hari ini masak apa, aku masak.... semalam masak.... bosan la kalau tiap2 hari lauk sama...."
"Semalam cerita pasal apa ye, hero tu ....."
"Artis ini kena gosip ......., ko tak baca ke majalah urtv ...."


Antara ayat-ayat perbualan orang bekerja:

"Meeting tadi pasal apa, apa agenda ....."
"Projek apa yang ko tengah urus sekarang ......."
"Gaji dah masuk ke belum ........"
"Ekonomi sekarang makin teruk, kerajaan ......."

Begitu la lebih kurangnya..

Dikukuhkan lagi topik ini bila cik dilah mengeluarkan satu cerita dari pengalaman kawannya. Sekarang kawan tersebut tengah buat PHD. Semenjak dia buat PHD ni jarang la balik kampung. Tapi sekali dah balik kampung, bila bertanya kabar pada orang-orang kampung jadi lain plak. Bertanyakan tentang belajar kat mana, buat apa, kerja mana.. semuanya kebanyakan berkaitan akademik. Dia tak perasan pun salah silapnya pertanyaan kabar itu, sehingalah di tegur oleh suami tercinta. Ahli keluarga lain anggap dia dah "agah". huhu

Samalah sepertimana aku dahulu. Ada sorang makcik aku yang bekerja di UKM, bila bertegur sapa tak pernah tanya sihat ke? tengah buat apa sekarang?. Dulu kalau aku serempak dengan dia mesti nak lari dari dia sebab ayat pertanyaan kalau jumpa dia mesti tanya pasal pelajaran. huhuhu.. Kalau keputusan canggih manggih tak pe la. Makanya, Nampak cam "agah" juga la.

Tapi bila aku sudah berada di dunianya, dunia seorang pengajar, baru la tahu situasinya. Dalam kepala kita semuanya berlegar mengenai akademik, projek, kelas, dan yang sewaktu dengannnya. Maka, bila nak bercakap itu lah yang akan keluar dari mulut kita.

Sian juga kadang-kadang bila jumpa anak sedara dan sepupu sepapat, yang akan keluar dari mulut ni kadang-kadang macam mereka di temuramah untuk minta kerja pulak. hahahahha...

Itulah dunia orang bekerja. Dan jangan disalah tafsirkan jika mereka nampak "agah". Kena selidik dahulu. Dan jangan la pula diperlekehkan surirumah, kerana tv dan majalah itulah sumber mereka untuk dapatkan maklumat. Kehidupan mereka banyak dihabiskan dirumah dan menonton tv serta bersama kawan-kawan mereka. Maka itulah cara perbualan mereka.

* "agah" dalam bahasa kelantan bermaksud sombong atau bangga diri.

2 comments:

Noor Hafizah said...

agah... macam nak 'agah' budak kecik jek!

Faridatul said...

itu agah dalam bahasa kita.. tp kelantan lain daripada yang lain.. huhuu.. byk perkataan kita yang kite selalu guna maksudnya lain .. contohnya... hehehe.. tak mau la bagi sini.. nnt tanya cik dilah sendiri lah.. huhhu

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea