Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 16, 2009

Trip ke langkawi - Day 2/ Part 1

Posted by Faridatul at 4:31 PM
Hari kedua

Pagi..
Pagi-pagi lagi kami dah keluar ke jeti. Hari ini plan asalnya nak pergi ke pulau payar. Tapi sayangnya ke pulau payar hari ni dah penuh. Maka, terpaksa tukar plan ke hopping island.

Dalam trip ke hopping island ni ada 2 buah pulau dan 1 tasik yang kami akan jelajah iaitu pulau beras basah; pulau singa besar dan tasik dayang bunting.

3 hentian untuk ke hopping island


Aktiviti pertama ialah di pulau singa besar menyaksikan burung helang yang keluar dari satu celahan bukit. Banyak burung helang tapi tak sempat nak ambil gambar sebab burung helang ni tangkas sangat. Maka hanya dapat tangkap ketika mereka berterbangan sahaja.

Sang helang yang hanya boleh tangkap gambar di awangan sahaja.. huhu

Kemudian kami merenuskan perjalanan ke pulau beras basah. Kat pulau ni kami berhenti selama sejam. Berendam dalam laut. Berehat di tepi pantai yang bersih dan menjemurkan diri ke panas sang matahari... Huhuhu padan muka.. dah hitam muka jadinya.

Di pulau beras basah... sporting sungguh pakcik yang amik gambar kiterong ni.. kan..kan..kannn

Setelah penat "berlaut" maka naik semula ke pantai sambil twiesties dan menemurkan diri supaya hitam..wawawa..

Kata pakcik yang jaga kedai di situ, trip pagi tak berapa best. Trip petangnya yang bestnya... Kedai pun buka dan juga ada aktiviti lain seperti belon terbang. Kalu trip pagi ni aktiviti sendirian berhad. Kedai makan pun tak buka.

Kami meneruskan lagi perjalanan ke tasik dayang bunting. Nak ke tasik tersebut memerlukan stamina yang tinggi. Heheheh... Kena mendaki bukit dahulu dan menuruni bukit. Pastu barulah jumpa tempat yang selalu diperkatakan itu.

Perjalanan naik bukit turun bukit bermula disini...

Aktiviti sampingan di tasik dayang bunting tersebut...main sepak ikan keli..hahahah

Kat sini kami menyewa bot kayuh. Patut harganya rm30 setengah jam. Tapi sebab mereka menyangka kami ni masih student jadi dapat la diskaun rm20 sahaja. Huhuhu best gak dapat diskaun... Nak wat camne awet muda. Hahaha

More pictures : click here

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea