Pages

Friday, April 24, 2009

Trip Langkawi Day3

Posted by Faridatul at 10:34 AM
Hari ketiga

Seperti semalam awal-awal pagi lagi kami dah keluar dari hotel. Hari ini hari ahad. Kalau di Kuala Lumpur, pekerja kerajaan atau swasta semua bercuti tapi kat kedah hari bekerja. Walaupun hari bekerja tapi tak jem langsung. Bestnya...

Tiket nak ke pulau payar dah beli semalam. Sepertimana janji jam 9pagi kami tiba di kaunter tersebut. Tak sangka plak budak lelaki yang jaga kaunter tersebut akan sambung pengajian di ukm ambil jurusan sains politik. Hari ni dia dah tahu yang kami berempat sudah bekerja. Semalam mati-matian dia ingat yang kami berempat ni pelajar ipta. Huhuhu... Bukan aku yang menipu dia tapi dia yang terus beranggapan sedemikian.

Jam 9.30 pagi kami bertolak ke pulau payar. Seronoknya menikmati udara laut. Tapi semalam dah berjemur sampai muka dah terbakar. Hari ni berjemur lagi.. Hitam lagi la nampaknya...

Di atas feri ketika bermulanya pelayaran

Tak sampai 15 minit, dilah, suri, dan pijah masuk ke tempat beraircond. Aku tetap nak 'stay' kat luar feri sambil menilmati udara laut. Biar pipi yang tembam ni dihempas oleh angin... Bukan selalu menikmati udara dan suasana sebegini. Damai rasanya... Alhamdulillah, dapat juga menikmati nikmat Ilahi yang begitu indah sekali.

Kali ni aku dah tak takut berenang seperti di pulau hentian. Mula-mula tu takut juga la.. Tapi kali ni aku beranikan diri bila tengok ramai yang berenang. Takde plak yang tenggelam. Tak boleh jadi ni. Satu cabaran buat aku ketika berada disini.. Huhuhu..

Gambr yang di 'snap' oleh cik dilah.. berenang di tengah laut... sambil menunjukkan "peace"..huhu


Yang bestnya lagi, dari platform tu aku dan pijah berenang sehingga ke pantai. Jauh juga la. Tapi dari pantai nak ke platform semula mak ai.. Susah. Hampir cemas dibuatnya. Mana tak nya, berenang bagai na rak, tangan dh dikuak berkali2, kali dh menghampas air berkali-kali tp tak juga bergerak. Maklum la menentang arus. Tapi alhamdulillah, takat kesabaran dan mengawal emosi boleh juga sampai ke platform. huhu


Setelah hampir 3 jam berenang, barulah kami ke bergerak ke persisiran pulau payar. Kononnya nak bagi anak jerung makan (chark feeding) tapi sayangnya di sebabkan air pasang maka tak ada. Nasib baik juga ade rezeki nampk juga seekor anak 'shark' masa nak berangkat balik ke platform.

Beri anak ikan makan roti.. rasuah supaya boleh tengok mereka dengan lebih dekat

ikan-ikan yang di 'snap' dari dekat

Habis 'lunch' yang ala2 makanan 'western food' yang secara 'buffet' kami pun berangkat pulang. Dalam jam 4.30 tiba semula ke jeti pulau langkawi. Perjalanan terus ke makam mahsuri. Takut terlewat sampai. Suri tak pernah lagi pergi. Sian plak dia. So terus bertolak ke sana dalam keadaan baju yang kering sket2 tad i di atas feri. Masa tutup lawatan ke makan mahsuri dah dilewatkan ke jam 7. Kalu dulu seingatkan aku 2 tahun lepas jam 5ptg.

Sempat bergambar berlatar belakangkan platform "Langkawi Coral" sebelum berangkat pulang

ketaka hendak masuk diperkarangan mahsuri

di perigi mahsuri... pelancong dari thailang sibuk berebut air dari perigi ini. Apa tah yang diperkatakan oleh pemandu pelancong mereka sehingga semua berebut untuk mendapatkan air tersebut sambil meletakkan di badan dan kepala mereka..

More pictures : click here

2 comments:

Noor Hafizah said...

semenjak pulang dr pulau payar... makin expert cik pari berenang... hehe! gannbatte kudasai!

Faridatul said...

huhuhu.. tak pernah ade pelung nk g swimming.. asyik kuak lentang jek kat atas tilamku yang empuk tu..

camno la nk makin expert.. hahaha

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea