Setelah balik dari pulau harapan, kami singgah di hotel dahalu untuk bersihkan diri dan solat. Lepas ni plan nk ke cable car pula.
Replika burung helang di dataran langkawi
Sedih betul tengok gambar ni.. mamat australia yang konon volunteer nak tlg tangkap gambar kami tanpa disuruh tapi tengok la gambar dia.. helang tanpa kepala..wawawawa
Kalu nk naik cable car better beli kat agen. Harganya lagi murah. Rm14 sahaja berbanding beli di sana Rm15. Lagi satu tak payah beratur panjang2. Kalau katakan dah beli awal2 tetiba plak hujan boleh 'refund'. Takde masalah. Lain kali kalu nak beli lebih baik beli di kaunter agen area jeti sahaja.
Muka masing2 kontrol... gayattttt....
710 meter dr paras laut.. huhuhu
Walaupun ini kali kedua aku naik cable car di langkawi tetapi tetap masih terasa gayat. Apatah lagi suri yang pertama kali naik. Memang cuak la muka suri tu. Tak bergerak langsung. Duduk kaku. Suruh paling kekiri dan kekanan pun taknak. HuhuhuSetiba saja turun dari kereta kabel kami singgah sebentar di taman haiwan yang ada di area sana. Ada rusa dan juga gajah. Kalu rusa tu nak la bergmbar dekat2 tapi kalu gajah tu tak berani la...
Bergambar dengan rusa betul tau.. bukannya patung.. (menahan takut juga..kot2 kena gigit tanganku)
Setelah penat bergambar singgah pula ke beras terbakar. Makam mahsuri tak sempat nak pergi hari ini maka plan bertukar ke membeli belah coklat. Habis beratus juga la untuk coklat sahaja. Menyesal buat status kat ym hari masa nak pergi sini... Ramai plak yang order. Lain kali kalu pergi mana2 lepas ni nk pergi senyap2 saja. huhuhu
Inilah rupanya tanah di perkarang tersebut..
Nampak hasil tanah kesan beras yang dibakar di dalamnya
Nampak hasil tanah kesan beras yang dibakar di dalamnya
More pictures : Click here
2 comments:
lepas ni kene bawak students lak naik gunung mat cincang... ohohohoh!
bawak2 jangan tak bawak.. gambate!!!
Post a Comment