Assalamualaikum, dah hampir 2 bulan aku tidak mencoretkan ruang di blog ni. Kali terakhir mencoret adalah ketika aku masih berpantang di rumah dan tiada kerja yang boleh dibuat hanya dengan berblog sahaja. Setelah dapat keluar dari rumah aku mula aktifkan tangan dan kaki merayap dengan kata lain enjoy melepaskan gian nak berjalan-jalan melihat permandangan ciptaan Ilahi (chewahhh.. hehehe).
Semenjak wafiy mengidap jaundis, aku asyik ulang alik ke hospital dan klinik kerajaan untuk memantau perkembangan otak dan fizikal sebab keadaan jaundisnya yang HEBAT sekali. So semalam aku terpaksa mengambil cuti kerna wafiy dikehendaki membuat pemeriksaan di hospital serdang. Bulan mac yang lepas wafiy ke hospital juga untuk pemeriksaan telingan tetapi kali ni aku tidak pasti pemeriksaan apa cumanya yang aku pasti kena ke klinik pakar bahagian pediatrik di hospital serdang. Rupa2nya hanya untuk melihat perkembangan fizikal wafiy.
Menjadi satu kisah, aku tiba di hospital pada jam 8.30 pagi. Menurut rakan sekerjaku, kalu di klinik pediatrik kena g awal terutama kalu hari isnin sebab orang yang terlalu ramai. Tetapi alhamdulillah, ketika ni di klinik pediatrik tidak la seperti yang digambarkan oleh kawanku cuma di kaunter untuk mendaftar agak panjang. Sementara suamiku pergi mencari parking, aku mendukung wafiy ke kaunter pendftran sebab wafiy tak suka di letakkan dalam straoller. Yang menjadi geram di kaunter pendftaran, appoitment ku tidak dimasukkan ke dalam sistem. Maka aku kena ke klinik pediatrik dulu untuk memasukkan nama sebelum ke kaunter pendaftaran. Sesudah selesai memasukkan nama aku pergi semula ke kaunter pendaftraan, dan keika ini terpaksa beratur dan line pun menjadi panjang semula. Bila tiba giliran aku, orang di kaunter minta surat GL plak.. geramnya.. dh la aku dukung wafiy. Perut pun kembali berdenyut2 kesakitan. geramnya.. aku segera menjawab tak bawak sebab dh selongkar habis beg tapi tak jumpa. Sepatutnya ada sebab aku dh bawa masa perjumpaan bulan mac yang lepas tapi tak pula diminta. Yang geramnya dia boleh buat tak tahu jek walaupun melihat wafiy mula merengek2.
Aku telefon suamiku yang masih tidak mendapat tempat parking. Akhirnya suami ku terpaksa parking memblok kereta orang lain agar2 dapat dia menghantar GL yang terkini yang ada padanya kepadaku. Diketika aku ingin memberi wafiy kepada suamiku, aku melihat habis lengan bajuku terkena najis wafiy. Memang la di kaunter tadi terdengar wafiy kentut tapi tidak la sebanyak ini. Habis baju , kain, tudung dan termasuk stokin ku terkena najis wafiy. Apa lagi aku meraung dan wafiy pun meraung menagis.. adusss.. dugaan betul. Aku bergegas ke toilet di lobi. Punya la jauh. Rupa2nya di dalam klinik pediatrik ada toilet.
Wafiy aku bersihkan badannya di toilet pediatrik. baju aku dh habis basah lenjun. Aku dh tak rasa selesa selain masih ada lagi bau masam najis wafiy tapi nk buat camne.. dh anak la katakan... marah camne pun tetap sayang....
wafiy.. oh wafiy... mmmmmmmm
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment