Paginya ada program hari polis bersama penduduk taman. Petangnya sempat rehat setengah jam terus ke rumah adik ipar faisal di banting. Pelbagai tips telah diperolehi bagi mengelakkan pencuri memasuki rumah. Antara tip yang diberi oleh inspektor tersebut adalah :
1. Pastikan grill/pagar rumah berkunci. Jangan biarkan pagar rumah terbuka
2. Jangan biarkan sesiapa memasuki rumah.
3. Jangan benarkan orang beruniform memasuki rumah kerna banyak kes penyaramn tetapi sebenarnya mereka adalah perompak.
4. Kalu orang beruniform tegas untuk memasuki rumah, minta mereka tunjukkan kad penguasa. Kalu polis pangkat pegawai kad berwarna biru dan kalu pangkat bawah kad polis berwarna kuning. Tetapi kad polis biru sahaj yang boleh memasuki rumah.
5. Kalu ragu-ragu juga, boleh terus menelifon polis.
tu antara tip2 yang diberi. Tapi tak sempat nk snap gambar kad polis yang ditunjuk tu.
Selain daripada ceramah, kementrian kesihatan pun turut membabitkan diri dlm aktiviti kali ni. Pertandingan mewarna bagi kanak2 atas 6 tahun, pertandingan mencari jentik2 terbesar dan terbanyak di sekitar taman, teka teki kanak-kanak dan orang dewasa telah dikelola oleh pihak kementrian kesihatan dengan pelbagai hadiah menarik.
Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak bawah 6 tahun juga diadakan yang telah dianjurkan pleh persatuan pernduduk dan rukun tetangga.
Alhamdulillah, jam 1 pm semua telah selesai... aku sakit tangan dan bahu sbb mendukung wafiy sepanjang program...
pertandingan mewarna kanak-kanak bawah 6 tahun
Bergambar beramai-ramai yang hadir
pertandingan mewarna kanak-kanak atas 6 tahun
hasil jentik-jentik dari pencarian kanak2 di sekitar taman
teka teki yang dianjurkan oleh kementrian kesihatan
sesi makan minum bermula.. nyum2..
Gambar lagi : klik disini
0 comments:
Post a Comment