Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 28, 2012

Wafiy balik kampung chini buat pertama kalinya

Posted by Faridatul at 11:54 AM
Sudah hampir 8 bulan aku tak balik kampung suamiku.. Maklum la jauh ke pahang nun.. Last sekali balik kampung raya puasa tahun lepas.

Wafiy pun dh besar sket dh boleh bawak berjalan jauh. So sempena cuti 1 mei sempena hari pekerja yang jatuh hari selasa, aku dan suami pakat balik kampung pahang. Ambil cuti hari isnin bermakna ada 4 hari cuti. Memandangkan wafiy tidur awal di ptg hari, jadi plan balik kampung pagi sabtunya.

Malam jumaat tu, diana  sekeluarga tidur di rumahku kerna anak mereka taska nak ikut balik sama. Tasha nk sekolah di sana sepanjag diana berpantang nanti. Diana tunggu hari je untuk melahirkan anak. Ini bermakna anak diana yang akan dilahirkan nanti adalah cucu ke 10 mak mertuaku..

Jam 12.30tengahari baru la sampai di rumah chini. Patutnya jam 11.45 pagi dah boleh sampai tetapi memandangkan jem yang berlaku kerna ada tournement basikal jadi lambat la sampai.

Hari ahadnya plan nak pergi kuantan bawa mak mertua dan adik2 iparku sambil ke rumah ani di pantai balok, tetapi semuanya bertukar plan. Jam 3 pagi ahad anakku demam panas. Ini pertama kali dia demam panas yang amat panas. Aku sepanjang malam tu tak tidur membasahi badannya supaya cepat sembuh. Hidungnya pula berair dan kedengaran sedikit batuk.

Sebab terlalu risaukan keadaan wafiy walaupun pada hari isnin dia dh sedikit kebah dari demamnya, aku dan suami pakat nk balik juga petang isnin. Takut apa2 berlaku susah kerna di kampung. Perancangan awalnya nak balik petang selasa terpaksa diawalkan pada petang isnin. Sepatutnya jam 6 dah bergerak pulang, tetapi ramai pula jiran2 mak mertuanku  nk tengok wafiy. Alahai, sian plak dah la tak pernah jumpa, dah jumpa takan nak cabut balik terus.. sembng punya sembang, jam 6.30 petang baru bertolak. Wafy pun bila dah ada orang melayan dia, macam  tak demam pula nmpaknya.. sabau jelah anak aku sorang ni...

Jam 11.45 malam baru la sampai di rumah. Sepanjang perjalanan balik, wafiy tetap cam biasa nak berdiri di pangku untuk melihat pemandangan jalan. Walaupun hanya dapat melihat lampu dan hutan, tetap dia nak tengok juga jalan raya. Yang kelakarnya, dia tertidur-tidur sambil aku pegang. Bila aku nak baringkan dia atau dudukkan dia di pangkuan aku boleh plak dia sedar.. menjerit suh dirikan semula. Emmmmm... perangai sape la tu.. huhuhuh

Wafiy yang dibaluti bersama kain napkin basah di badan dan ditutupi ngan sapu tangan basah di kepala agar dapat dikurangkan suhu badannya

 Wafiy bersama abi di halana tepi rumah nenek

Wafiy bersama nyang teh diketika nak balik kl. Sempat lagi dia cirit kat baju nyang teh.. terpaksa tukar seluar dah jadi tak sedondong baju dan seluar... 

Aktiviti biasa setiap kali balik kampung iaitu membakar ikan dan kerang di belakang rumah...

Abi dengan posing membakar

ikan talapia merah dan ikan pari menjadi idaman pada kali ini

ok juga gambar yang disnap oleh tasha yang hanya berusia 6 tahun.. ada sedikit tak center dalam gambar ni.. huhuh

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea