Besday suami sepatutnya hari rabu lepas sama ngan tarikh pertabalan agong skrg. Maka satu malaysia cuti kononnya menyambut sama besday suamiku.. huhuhu... Plannya nk makan sama malamnya. Dah siap2 beli daging kambing perap di JJ ahad lepas. Tapi terpaksa dibatalkan sbb pagi rabu tu perut ku kurang memuaskan dan ptgnya pula ada reunion bersama senior FTSM.
Jadi mlm ni la sempat untuk masak. masak kambing bakar dengan pencicah "secret resepi" iaitu resepi sendiri, kentang lenyek, carrot bakar, bawang bakar dan cendawan goreng tepung dan diminum bersama air kopi panas.. nyum2...
Jadi mlm ni la sempat untuk masak. masak kambing bakar dengan pencicah "secret resepi" iaitu resepi sendiri, kentang lenyek, carrot bakar, bawang bakar dan cendawan goreng tepung dan diminum bersama air kopi panas.. nyum2...
Perut masih memulas
Sian dengan keadaan perutku ini.. tak sampai setengah jam dah g tandas. Hampir 4 hari perutku memulas begini. Tak boleh diisi langsung. Ingatkan keracunan makanan tapi takde la sampai cirit birit. Tapi bila sakit perut datang menyerang, sakitnya seperti perut dipulas-pulas. Tadi petang dh jumpa ngan Dr Fadz. Doktor kata seperti aku alahan makanan. So toksik masih ada dlm perut tu yang masih sakit. Aduh...
Doktor kata bende tu secara biologi akan keluar sendiri melalui najis. Doktor hanya boleh bagi ubat tahan sakit, gastrik dan buang angin... dan Doktor beri ubat multivitamin untuk masalah keguguran rambut.
Sekadar MITOS rupanya
Ibu selepas mengandung kebiasaannya akan mengalami keguguran rambut. Macam2 aku dengar pasal keguguran rambut. Dan cerita yang sering aku dengar sebab keguguran rambut ni nutrien dlm badan kita dh habis sebab diambil oleh baby. So rambut akan gugur. Maklum la geng2 aku ni ramai budak sains so semua mengadaptasi dr ilmu sains yang dolu2 kita belajar.
Cerita yang sering aku dengar seperti ibu ni seperti sebuah pokok. Apabila nutrien tidak dpt disupply lagi ke daun, daun akan keguguran. Sedangkan yang aku diberitahu oleh doktor fadz tadi adalah keguguran rambut ibu disebabkan hormon. Rambut yang sepatutnya gugur sewaktu kehamilan tetapi disebabkan hormon yang menyuburkan rambut menyebabkan rambut tidak gugur. Setelah tiga bulan berlalu selepas bersalin, hormon mengandung akan hilang dan akhirnya rambut yang sepatutnya gugur semasa kehamilan akan gugur. Yang menjadi kita merasa heran adalah jumlah yang banyak sebab rambut tersebut gugur pada waktu yang sama.
So doktor bagi ubat multivitamin hanya sekadar untuk mengurangkan keguguran rambut sahaja. Rambut tetap akan gugur untuk jangka masa beberapa bulan.. huhuhuhu
0 comments:
Post a Comment