Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 24, 2013

Nugget chicken wrap

Posted by Faridatul at 4:38 PM
First time rasa mission  potatoes wrap di rumah mak. Adik ipar aku tgh buatkan untuk mak dan ayah mertuanya... iaitu mak ayah aku la... hahaha.... bukan dia tak nk buat untuk semua tp masa tu tinggal berapa keping aje.... setelah dimasak tinggal sekeping aje.. yang selebihnya aku dan adik beradik mkn smbil bersembang.... marah la dia.. huhuhu

so disebabkan kesedapannya aku pun cari juga la.. dan jumpa jugak di Giant Bangi... beli satu bungkus.. Jenama mission wrap ni byk jenis.. ada potatoes, garlic, wholemeal dan original.. aku beli yang potatoes sbb aritu mkn sikit aje kan... so ni nak rasa yang sebetulnya.. huhuhu

potatoes mission wrap

wrap yang telah digulung berintikan nugget ayam sbb nak cepat.. ayam dlm peti ais tak cair lagi..

tunggu untuk di masukkan dlm mulut aje :-)


Resepi :

2 keping mission potatoes wrap 
4 ketul nugget
beberapa kepingan salad butterhead
2 biji telur 
2 keping chedar cheese
bawang merah dipotong bulat
minyak zaitun
sedikit lada hitam 
sedikit garam
mayonis
parmeson cheese
sos cili ( den tak bubuh sbb nnt nk bagi wafiy mkn sama )

Cara membuatnya
Masukkan minyak dlm kuali.. Goreng nuget sehingga kekuningan dan kemudian angkat
masukkan sedikit minyak zaitun dalam kuali lain then masukkan 2 biji telur. kacau seperti membuat scrambled eggs. masukkan sedikit garam dan lada hitam dlm kuali sambil mengacau telur tersebut. bila agak sudah masak (jgn terlalu kering) angkat masuk dlm mangkuk kecil.
Masukkan sedikit minyak zaitun dalam kuali leper dan panaskan 2 keping potatoes mission wrap
setelah angkat masukkan sekeping chedar di tengah2 kepingan
susun atur semua bahan td nugget, salad, scrambled egg, mayonis dan parmeson cheese. gulung dan panaskan semula sekejap dlm kuali leper smbil tekan supaya membentuk gulungan tersebut.
hidangkan dlm pinggan dan potong dua. kalu nk pedas boleh ditambah sos cili.... ( den tak masuk sbb wafiy nk mamam sama :-)

byk lagi resepi yang boleh didapati dr website mission... den masa buat nugget chicken warp ni tak tahu website ni... so lepas ni boleh la cuba... 
selamat mencuba....


0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea