Pages

Wednesday, January 23, 2013

Resepi pasta bolognese

Posted by Faridatul at 3:51 PM

Resepi bolognese selama ni dpt dari k salwa tp disebabkan den malaih nk ingat apa den bubuh dlm resepi den aritu so den ambil resepi yang mana kena ngan resepi den.. satu lagi den suka modify resepi sesuai dengan apa yang ada bahan di rumah...

resepi asal yang den amik ni boleh didapati dr http://www.myresipi.com tetapi telah diubah suai

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

500 gram pasta (sepeket)
500 gram daging lembu cincang  (k fari x guna daging cincang sbb takde so 6 ketul sosej potong dlm 1/2 cm)
2 sudu cili boh  - kalu nk pedas lagi boleh tambah byk sket
2 sudu sos tomato  - kalu nk masam lagi boleh aje tambah byk sket
2 sudu sos cili
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri 4-5 tomato segar ranum - didadu   ( k fari x guna tomato tin so gantikan dengan 4-5 biji tomato yang dikisar... lagi sedap kalu tomato tersebut dibakar terlebih dahulu then baru kisar)
1 batang carrot – didadu kecil
2 batang celery – didadu kecil   akak tak guna tapi ditambah dengan potongan lada benggala
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)   sbb nak bg wafiy makan sama so tak bubuh
1 kiub stok daging lembu (optional)  takde stok kat rumah so x bubuh
1/2 sudu teh herba Oregano kering
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
1/2 cawan air

Cara-cara
Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese :
Panaskan minyak zaitun. Bila minyak dh panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. masukkan cili boh sehingga cili masak.  Bila cili sudah masak masukkan tomato yang telah dikisar bersama  air.  Masukkan  daging  soseng yang telah dipotong. Masak hingga sosej sudah masak. Masukkan carrot yang telah dipotong dadu sehingga lembut. Kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu. Masukkan cili benggala dan masukkan sos tomato dan sos cili mengikut citarasa anda. sos juga adalah cara untuk memekatkan kuah. Masukkan herba,  garam dan gula secukup rasa.


0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea