Pages

Tuesday, January 29, 2013

Baking Pavlova

Posted by Faridatul at 11:18 PM
BAHAN-BAHANNYA:
4 biji putih telur (jangan ada sedikitpun kuning telur)
3/4 cawan gula kastor (tp lain kali guna separuh cwn aje kot... tak suke manis)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar jus limau kasturi (menggantikan  cuka masakan)
1 sudu besar tepung jagung

Hiasan:
1/2 cawan whipping cream
buah-buahan segar (kiwi, strawtbery, mangga masam, anggur dll ikut suka ler yer)

Cara2nya...

1. Putar putih telur dengan kelajuan tinggi bersama gula hingga kembang. Jika diterbalikkan mangkuk adunan ia tidak jatuh. Kemudian masukkan esen vanila dan jus limau tadi dan putar lagi. Kemudian taburkan tepung jagung dan gaulkan lebih kurang agar rata. 

Ketika ini boleh dh panaskan oven pada suhu 150 drjah celcius.


2. masukkan adunan dalam kertas minyak. takde kertas minyak so den gunakan kertas pembalut         





3. Masukkan dalam oven dan turunkan suhu ke 110 C.  Masak 1 jam. Bila masak renggangkan pintu oven.    Keluarkan setelah 1/2 jam dan sejukkan.  (Warnanya keperangan)




4.  Putarkan 'whipping cream' dengan kelajuan tinggi.  Jangan lama sangat nanti krim akan sedikit keras dan susah hendak membentuk pada adunan. Jika dah terlajak putar campurkan whipping yang belum diputar dan putar sekejap.

5. Sapukan pada adunan tadi.  Nak mudah pakai pisau kek. Hias ler dengan buah.



taraaa.....

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea