Info ini aku dapat dari majalah pama keluaran Jun 2012 mukasurat 32-34.
Antara info yang diperoleh dr malajah ini adalah seperti berikut :
- kelahiran normal selepas caesarean atau dikenali dengan VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean.
- Jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.
- Lazimnya masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini. Tetapi tidak disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean.
- VBAC boleh dicuba sekiranya :
- Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
- Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan kini. Contohnya bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
- Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti kompilasi uri bawah.
- Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal. (pembedahan klasikal adalah pembedahan secara irisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang)
- pelvis bersaiz normal
- Risiko yang mungkin dihadapi
- berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahim terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Kompilasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan. Tetapi ianya jarang berlaku dan peratusannya anatara 1% - 2% sahaja.
- VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan caesarean secara kecemasan.
- Untuk Makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebh tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.
- Kebaikan VBAC
- jalin ikatan dengan bayi - anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkan berbanding pembehan caesarean.
- lebih selamat = mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius.
- pemulihan yang cepat
- kurang kompilasi
- elakkan pertambahan parut
- bayi turut mendapat manfaat - bayi kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masala pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.
- kurang mahal
0 comments:
Post a Comment