Percutian :5-6 Oktober 2013
Tapi sebelum aku cerita panjang berkaitan pengalaman di sini aku nk cerita mengenai jalan gap dulu. Jalan dari bawah nk ke bukit freaser ni kalu aku baca blog dr teman2 lain mengatakan perjalanan ke bukit freaser mengikut masa jam. Jam genap naik.. jam ganjil turun.. ke terbalik.. cam tu la.. maksudnya jalannya sehala. Tapi kini tidak lagi. ada 2 jalan berasingan. Jalan naik dan jalan turun. dan hendak ke bukit freaser kalau dr KL boleh melalui 2 jalan iaitu samada melalui bentong-raub-bukit freaser atau rawang-batang kali-bukit freaser.
Suamiku mengambil keputusan untuk melalui kedua2 jalan sebab nk tahu apa perbezaan kedua2nya. Kami kesana melalui jalan raub dan balik melalui jalan batang kali. Bagi pendapat aku, melalui jalan raub tu amat sesuai bagi mereka yang tidak mabuk jalan sbb jalannya lurus. Amat berbeza jalan mengikut batang kali.. hampir setengah jam nk turun denagn jalan bengkang bengkok. Tapi dipertengahan jalan tu ada sungai dan tempat rehlah untuk beri makan pada ikan kelah. Aku tak singgah sbb aku dh nk muntah sangat time tu. Kalau boleh nk terus sampai bawah aje.. huhuhuhu... Manakala pemandangan jalan gap pula, jalan naik amat cantik pemandangannya berbanding jalan turun.
Sesudah sampai di sana, pertama yang di jumpa adalah jam di tengah2 bulatan yang selalu menjadi perhatian orang ramai. Aku rasa seperti dinegeri asing pula sbb keindahannya memukau tak seperti cameron highland. ada perbezaannya disini.
Kami terus ke rumah persekutuan untuk dapatkan bilik yang telah ditempah awal tahun dahulu. Nak ke rumah persekutuan pun bengkang bengkok. Jalan disini tak besar so perlu berhati2. Dari satu rumah kediaman ke rumah kediaman lain agak jauh. Sunyi sepi... Tapi apa yang pasti rumah kediaman peranginan freaser hill mmg cantik.
Aktiviti disini lebih kepada taman permainan kanak2. Banyak taman permainan disediakan. Makanan takde la mahal sangat pun. Walaupun harganya berbeza dr kl ni dlm rm2-3 ringgit tp portion makanan yang disediakan tu agak byk. berbaloi la.
so.. next time boleh dtg sini lagi sambil menikmati alam semula jadi. Bak kata suamiku.. kalau nk dtg sini nk bawa kamera canggih. sbb sini juga menjadi tempat persinggahan burung.
Akhirnya... akan tiba di freaser hill... ni tak smpai lagi ni.. baru nak melalui jalan gap
jalan gap untuk naik sahaja
jalan gap untuk turun sahaja
Alhamdulillah.. akhirnya tiba di bukit freaser hill.. kena tgk map dulu nk g mana...
pemandangan di petang hari di freaser hill
snap gambar dulu.. susah betul nk suh wafiy diam.. habis dikelilingnya jam tu
Di depan kedai makan...
Ambil gmbr dgn bunga2
minum air coklat panas untuk hilangkan kesejukan...
wafiy tak habis2 dengan bunga.. mamat bunga betul la dia ni :-)
Di senja hari.. balik dr shoping kedai runcit... beli makanan tambahan takut lapar mlm hari.. sejuk bebeno rasanya ni mesti cepat lapo
pemandangan di sekitar rumah peranginan persekutuan sebelum balik
singgah di taman permainan.. rasanya taman permainan ni yang terbesar di kat sini.. tapi kat freaser hill mmg byk taman permainanan.. siap ada mini golf lagi.. rm6 per 30 minit
menikmati makan pagi... roti arab + kari ayam.. sedappppp
budak tak mau balik.... ni dh jam 12 tengahari lebih.. tp suhunya mcm pagi lagi
bergambar sebelum pulang... :-)
0 comments:
Post a Comment