Pages

Tuesday, October 15, 2013

Pertama kali raya korban di taman tenaga

Posted by Faridatul at 11:05 PM
Ini kali pertama aku meraikan hari raya aidil adha tidak bersama ibubapa ku... kali ni sambut di rumah aje sbb suamiku jadi ajk korban. so terpaksa la beraya di rumah sendiri...

Tapi raya kali ni amat bermakna. wafiy dh besar. dia g surau bersama abi. tp abi tak dapat nk solat. dpt dgr khutbah awal dan akhir aje... takpe la. mudah2an tahun depan wafiy dh tak nagis dah. dah biasa. seharian di surau sungguh seronok wafiy dapat bermain ngan kawan2 baru dan persekitaran baru. selama ni mana abi nk bawa ke surau. asyik ditinggalkan aje wafiy bersama ummi. 

habis aje majlis korban jam 3 petang kami bersiap2 ke rumah mak aku pula di kepong. jam 5 baru sempai di sana. jam 9 mlm balik semula ke bangi. Ya Allah penat tak terkata. esok pula nk g kerja.. hehehe.. tp harini hari yang paling seronok buat wafiy. balik aje dr rumah opah kepenatan sehingga pagi. tak bangun dr tidur pun sehingga pagi minta susu botolnya... penat sungguh la katakan... hehehe

antara 5 ekor lembu yang dikorbankan


persiapan awal sebelum menyembelih lembu

bermulanya episod melapah lembu


pembahagian daging lembu



proses memotong tulang belakang lembu yang dibuat secara manual. patutla aku nmpk susah sangat kat sini nk memotongnya.. sebab kat area rumah mak aku dh guna mesin potong tulang temulang ni.. so mudah la nk potong.. ni guna kapak pun aku rasa mau kapak tu yang patah

tulang yang telah dibersihkan untuk dimasak sup


kepala lembu juga disapu bersih.. kalu kat area rumah mak aku.. kepala lembu ni kejap jek hilang.. ada tangan2 yang dh sapu awal bawa balik rumah tanpa pengetahuan... ish2



pembahgian lembu kepada peserta 

antara muslimat yang hadir untuk mendapatkan daging lembu


wafiy yang sibuk juga mengira plastik daging lembu.. huhuhu

sambil2 tu sibuk bertukang juga

setelah selesai pembahagian, sup dh masak.. kerja akhir muslimat potong roti frecch toast untuk cicah bersama sup... 

wafiy dan abi sibuk makan daging korban dengan banyaknya

antara makanan yang dijamu


 proses mengaut sup dan makanan lebihan



0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea