Pages

Friday, October 11, 2013

Wafiy kacau kawan

Posted by Faridatul at 3:49 PM
Minggu ni ummi baca laporan wafiy asyik tertera "wafiy kacau kawan"..

Semalam petang nmpk lebam kena gigit di muka wafiy tapi tidak la ketara sangat. hari sebelumnya kat bahu... Bila ditanya pada teacher, teacher kata wafiy tak leh duk diam... dia sakat kawan2.. mana kawan2 geram tu dia balas balik dengan cara gigit sbb dia sakat kawan2 yang lebih dari baya dia... mmmm....

Ummi pun apa lagi ambil buku laporan harian terus baca.. "wafiy suka kacau kawan sampai kawan menangis".. adusss.. anak aku ni mcm adik2 aku suka menyakat orang. abi dia pun apa kurangnya...

Wafiy ni ada peelnya mcm aku juga.. tak leh tgk orang diam... nk kacau orang tp budak2 lain ni tak memahami.. mereka masih kanak2. so mereka mesti ingat wafiy kacau ketenteraman mereka.. kat rumah pun dia kuat menyakat ummi dan abi.. tak leh tgk aku diam.. ada la dia kacau... kecuali dia ralik (khusyuk) dengan dunia dia sendiri..

kekadang ada juga tanya teacher kacau dia tu camne.. dia buat orang ke? teacher kata " tak.. dia ganggu orang main..." huhuhu.. ni camne ni.. nak marah ke apa...

waduh.... sian kat dia juga la balik kena lebam2 gigit... walaupun tahu dia tak heran pun kena gigit tu sometimes...  :-)

skrg ni anak ummi sorang ni dh menunjukkan sikap anak kelakian dia... dah pandai mengajuk nagis walaupun bukannya nagis pun.. dh pandai memanjat, dh pandai menyampuk kalau aku dan suami sembang, dn pandai tgk ragam orang then kejap lagi dia praktise kat depan ummi abi dia... mcm2 peel... so dia skrg ibarat span yang nak serap apa yang dia pandang dan dengar.. hopefully aku dan abi dapat menjaga pertuturan dan tingkah laku supaya tidak tersilap cakap dan perbuatan supaya wafiy dapat mencotohi yang baik aje... :-)

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea