Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 26, 2009

me with myterious sms

Posted by Faridatul at 8:09 PM 4 comments
2 minggu lepas

Dia : "Akum"

Aku : "Wassalam"

Dia : "Bleh x sy knl sepa ni"

Aku : " Yang ni plak sape.. Mana dapat no saya ni"

Dia : "Ooooo.. sy pn x tahu awak.. sy pelk no awak dlm hanset saya"

Aku : " Awak ni siapa?"

Dia : " Saya Nazri (bukan nama sebenar)"

Aku : "Ehh.. awak tinggal kat mana.. Kepong ke?"(Eh..kawan adik aku ke ni.. ada jugak dia guna no nazri tuh)

Dia : "X.. saya tinggal kat Johor. Awak plak tinggal dimana"

2 jam selepas itu




Dia : " Kalu x nk bgtau nama sudah.. apa saya peduli... saya tak kesah pun..arghhhhh"

Aku : (Apa bengong budak ni.. tetiba naik hangin plak.. budak2 ke apa ni.. sambil gelak2)


Hari ini



Dia : "A'kum"

Aku : "Wassalam "

Dia : "Sy mnta awk tlong dlete no sy.. tq"

Aku : "Ok. Tapi sebenarnya saya tak simpan pun no awk. Harap awk tak kecik hati" (sambil gelak2 besar..apa kejadah budak ni..sakit ke apa)

Dia : "Smll mattrs"

Akhirnya putus asa jugak dia ni.. byk lagi msg2 dia ni.. nak kata tak matang tp umur dh 25 tahun.. nak kata dh tua.. sms mengalahkan adik aku.. tak matang langsung...Adussss... penat tul..

Wednesday, February 25, 2009

Me with Upin n' Ipin

Posted by Faridatul at 10:42 PM 5 comments
Semalam Les' Copaque Production Sdn. Bhd. telah singgah ke FTSM untuk mempromosikan filem pertamanya iaitu "GENG : Pengembaraan Bermula".

Walaupun sejam sahaja mereka datang ke FTSM untuk bertemu dengan peminat-peminat tetapi ianya amat menyeronokkkan bila dapat bergambar dengan maskot-maskot Upin dan Ipin.


ketika sampai di fakulti dengan dibawa oleh pengurusnya..disambut dengan meriah sekali oleh pelajar-pelajar FTSM

Guru-guru IT sibuk bergambar dengan Ipin

Ifah dan aqilah sibuk juga bergambar dengan Upin

Kak Wa (Ummi budak-budak ni) sibuk membeli buku-buku anak-anaknya. Ifah menunjukkan asil belian umminya..

Pn Azura yang lebih excited dari pelajar-pelajar.. uhuk.. Semua poster telah digodol oleh guru IT manakala pula aku dapat badge Ipin..huhuhu

Susah sangat nak tangkap gmbar mereka berdua serentak.. Dapat gambar berlatar belakang mereka berdua pun kira ok la..hahah

Akhirnya.. tapi sibuk jek budak kat tengah tu.. ish2x

Monday, February 23, 2009

Berjalan-jalan ke Taiping

Posted by Faridatul at 11:36 PM 4 comments
Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Taiping. Agak2 setahun lebih rasanya. Walaupun kampungku di perak tetapi aku tidak seperti orang lain yang kerap balik ke kampung.



Disebabkan memenuhi jemputan "kenduri" sabtu lalu, barulah aku ke sana. Mengajak ahli bait orenji dan juga dijah untuk ikut serta. Penuh kereta dengan 5 orang puteri-puteri ayu. Berhenti makan pagi di RnR Tapah.

Yang bestnya trip kali ini, aku dapat merasa mee udang. Sudah 2 kali aku mengidam nak makan mee udang. Yang terbaru masa kawen nadia. Nak g kuala sepetang sebaliknya kenduri kawen nadia lalu tapi malangnya tak tahu jalan. Kali ni member yang tunjuk jalan, so dapat la merasa. Lagi best member plak yang belanja.



Mee udang. Rm12 sepinggan dengan isian 9 ketul udang yang besar2 jugak la saiznya.

Setelah perut sudah kenyang diisi dengan mee udang, perjalanan diteruskan ke tasik Taiping. Nak mengayuh bangau di tasik Taiping. Kali terakhir aku datang sini, nak main tapi dh terlebih masa. So diorng tak benarkan naik. Kali ini plak, hujan tetiba turun dengan lebatnya. Sedihnya, punya la azam menunggu, tetapi menyerah kalah dan pasrah apabila melihat hujan semakin lebat. Tetapi lebih kecewa apabila ketika semua sudah naik kereta untuk pulang, hujan berenti dengan tiba-tiba. Setitik ujan pun tak turun. Teramat la sedeh. wawawawa


kecewa.. apa la nasibku ini.. asyik tak dapat jek nak mengayuh basikal ni..


melepaskan ketensionan.. konon nak naik keta ni plak la.. hahah

Setelah dikecewakan begitu rupa.. kami pun ke ke kedai yang aku masih ingat lagi, ketika aku darjah 3. Dapat no 1 di sekolah rendah dan no 3 di sekolah agama, adik aku shawal dapat no 2 di sekolah dan kakak aku dapat no 1 di sekolah... sempena dengan kononnya cemerlang itu, abah belanja makan kami adik-beradik di sini.

Inilah kenangan yang aku ingat sampai bila-bila. Abah bawa jalan-jalan g zoo. Jalan2 di tasik taiping dan setibanya malam makan kami makan disini. Kenangan yang paling manis, aku ngan adik-adik adalah ketika abah mengorder satay. Banyak satay yang kami makan. Konon kesiankan abah, setiap kali kami makan, separuh lidi akan kami bergilir-gilir membuang di tong sampah yang berdekatan. Abah dan mak pelik. Nape kejap-kejap ada yang bangun. Rupa-rupanya nak buang lidi. "Nanti masa nak bayar, hanya bayar separuh", kata kami. Mak dan abah hanya mentertawakan kami saja. Tapi mak kata masa dia dulu pun buat cam tu gak. hahaha.. Mana tahu masa tu kami kecil lagi.. mana tahu penjual tu dah kira awal-awal. Ingatkan kira lepas makan. hehehe...


Yong tau foo.. aku mengenali makanan ini ketika darjah 3. Disini la abah bawak makan..


Berlumba-lumba mengambil gambar.. huhuhu

Tuesday, February 17, 2009

Hadiah dari korea

Posted by Faridatul at 11:05 PM 0 comments
Semalam sehabis saja kelas jam 6.30 ptg, aku terus pecut ke KLIA. Perjalanan sorang dan mengambil masa dalam 4o minit dari bangi. Setibanya disana, aku terus mengambil dilah dan terus pulang.

"Teringin makan makanan masakan bangi", kata dilah. So seperti biasa kami akan melepaskan kerinduan masakan bangi bila pergi merantau di restoren cempaka rimba di pkns. Sebelum makan kami pergi solat dahulu di paras 3 pkns. Jam ketika itu menunjukkan jam 8.07 minit. hehehe..

Selepas mkn, tak sabar nak balik. Nak tengok ole-ole yang dibelikan khas untuk aku.

Hanya ada 2 jenis makanan iaitu yang pertama ondeh-ondeh (tak tahu nama sebenarnya tapi rasanya lebih kurang seperti onde-onde) dan satu lagi sarang madu yang berintikan walnut, kacang dan hazelnut.


onde-onde yang pelbagai warna.. berintikan air gula


madu yang dileraikan seperti benang dan akhirnya begitulah jadinya.. nyum2..sedappp

Selepas itu, dilah menunjukkan ole-ole yang dibelinya. ade brooch korea, key chain dan tali telefon. dilah suh pilih salah satu. aku pilih setiap satu daripadanya. hahahha.. upah amik, anto... hahaha.. Setelah selesai aku pilih, baru la aku tunjukkan pada mije dan suri.. heheh


key chain yang diletakkan pada kunci kereta dan penanda telefon.. comel kan.. :-)

Saturday, February 14, 2009

Menghabiskan masa di Nilai 3

Posted by Faridatul at 10:44 PM 4 comments
Sepatutnya hari ini aku dh janji ngan mak nak balik rumah. Tapi memandangkan amanah yang mak suruh buat tidak dilaksanakan lagi, terpaksa lah di tunda ke esok hari. Aku kena pergi Nilai 3 hari ini dan men'setel'kan hal-hal yang diamanahkan kepada aku. Bende ni dah jadi kerja rutin setiap kali ada adik-beradik ku yang kawen.

"kenduri dah tak sampai sebulan ni, jangan tangguhkan lagi", rungut mak aku masa datang ke rumah minggu lepas.

Balik dari Nilai 3, ada lagi kerja yang menanti. Kerja tampal menampal dan kerja lipat melipat pulak. huhuhu..

Inilah kerja tampal menampal aku. Menyiapkan kupu-kupu agar menjadi rozek..

Kerja lipat melipat terpaksa ditangguhkan kerana duit kertas rm1 tak cukup. " Biar la yang tu farihah yang sambung plak", kata hati ku... hahaha

Dah jadi rozek.. kena plak lipat2 duit rm1 untuk dijadikan saguhati.. Entah la.. dh jadi adat area rumah aku macam tu.. ada yang letak rm1 dan yang letak rm5.. kalu setakat 10-20 orang boleh la letak rm5... ni seramai 140 orang.. huhuhu..
Sekotak rozek berduit rm1 di eksport ke mak aku.. ade sebanayk 41 keping rozek yang masih tidak berduit.. bio la farihah plak yang sambung..

Minggu ni sungguh memenatkan. Stress dibuatnya. Kelas ganti gara2 cuti am yang banyak dan cuti mc seminggu yang aku apply dulu masih banyak lagi yang tak berganti.

Seronok juga menghilangkan stress mlm semalam. Aku, suri, mije menghabiskan malam kami di bowling warta.

Tak sangka mije yang pertama kalim main bowling byk kali strike. Tahniah!!!

Main dengan baju kerja... aku, mije n suri.. Suri lagi la..beg2 laptop dibawa bersama..

Ini game kedua.. Badi sape tah.. 3 kali bola masuk longkang..dh comel-comel lurus sekali nk dekat bola boleh plak terpesong arah.. geram betul. Tapi walaubagaimanapun aku tetap dapat mengalahkan mije di saat-saat terakhir.. huhuhu

Kecurian di Taman Tenaga

Posted by Faridatul at 12:30 AM 3 comments
Kelmarin(Rabu lepas) kasut ku telah hilang. Hendak saja keluar pintu rumah, aku terpinga-pinga. Apa yang aku cari dr tadi. Ohh..rupa-rupanya aku mencari kasut keje ku. Kasut ni hanya ku pakai jikalau hendak pergi kerja atau tempat tertentu sahaja. Kalu tempat biasa aku selalunya pakai sandel sahaja. Maklum la kasut mahal (bagi ku la)..huhuhu

Inilah kasut aku. Lebih kurang sama cuma warna jek berbeza.. sodehnya.. sob..sob..sob

Habis semua tempat aku mencari. Termasuk la bawah kereta dan di sebalik pokok-pokok ku. Tetapi malangnya tetap tiada. Warghhh.. kasutku sudah hilang. Mana perginya kasut "polo" ku.. wawawawa

Seharian aku memikirkan kasut ku itu dan mengharap ianya akan muncul semula di depan rumah. Alangkah bagusnya jikalau balik nanti dari kerja ia sudah berada di rumah.

Semuanya hanyalah impian semata. Malamnya aku berdiskusi dengan mizan. Yang peliknya, malam kejadian aku terlalu lena tidur sehingga malam ku tiada mimpi dan tiada terjaga sedikit pun. Jarang malam ku tidak terganggu dalam jam 2-3 pagi. Mesti terjaga walaupun sekali.

Rupa-rupanya mizan pun mengalami nasib yang sama. Sebab dia pun sama macam aku. tidur mesti terjaga dalam jam 4. Tapi hari kejadian dia pun terbabas bangun dan hampir terlewat pergi kerja. Rupanya2 kami terkena pukau.

Pagi tadi en ibrahim menelefon aku untuk meminta aku menolongnya pagi esok untuk membantu membuat DFD bagi kes studynya. huhuhu.. aku pun mengambil kesempatan ini untuk menanyakan keselamatan penduduk taman tenaga. Adakah kecurian ada dilaporkan. Maklum la encik ibrahim ni imam taman tenaga dan pengerusi taman tenaga. Mesti dia tahu!!

Terkejut bila aku dengar malam yang sama ade rumah en umar(kalau tak silap) dimasuki pencuri dan hampir rm7k (barang kemas dan nilai tunai) yang diambil oleh pencuri tersebut. En Umar sekeluarga tidak sedar pun bila kejadian tersebut berlaku. Aduh..menakutkan sungguh.. Ini mengsahihkan aku lagi bahawasanya pencuri tersebut memang memukau orang.. takutnya..

Walaupun sedeh aku tetap bersyukur keselamatan ahli rumah tidak diapa-apakan. Dan sebagai pengingat diri, banyakkan membaca al-quran dan mengamalkan ayat pendinding diri. Sebelum tidur tu baca la ayat kursi untuk melindungi diri dan harta benda ketika tidur. Itu pesanan dari wani yang dipetik dari ustaz harun din, Tok Guru Darul-Syifa'.

Wednesday, February 11, 2009

lawatan pertama yong ke rumahku

Posted by Faridatul at 9:51 PM 3 comments
Akhirnya jejak juga kakakku ke rumah ku ini. Punya la berapa kali open house telah dibuat tapi tak pernah dtg, alhamdulillah inilah kali pertama kakak ku hadir pada hari isnin lepas.

Amirul bersama aunty Jah (adik dilah)

Saiful dengan menunjukkan "peace" yang tak menjadi walaupun berapa kali dh ajar angkat jari yang sebelah lagi. walaupun begitu, tiap kali amik gambar dia, dia tetap dengan peace yang tak menjadi nya itu.. hahahaha

Inilah Saiful Islam dan Amirul Islam anak pertama dan kedua kakak aku.. Saiful menunjukkan jari peace nya yang tak menjadi :-)


Aku bergambar ngan budak yang nk g korea selama seminggu.. say bye to malaysia.. Bergegeas ke KLIA lepas mak ayah n kakak ku cabut dr rumah aku.. hahaha

Tuesday, February 10, 2009

Rehlah di PD, Menyambut ulang tahun

Posted by Faridatul at 11:25 PM 3 comments
Sambutan kali ini agak meriah kerana seluruh malaysia meraikan besday ku ini.. huhu.. Semoga dengan penambahan usia ini menjadikan aku lebih matang, rezeki berlipat ganda dan menemui jodoh yang soleh.. aminnn (8 feb for my 2x years old)

Hadiah yang diberi oelh suri.. beli kat PD, Fizah plak bangi bunga yang boleh hidup dan mati sekelip mata.. huhu

Mije jadi tukang kipas, yang lain tukang makan.. huhu.. sian mije

Antara menu malam tersebut, bihun goreng tanpa garam, rojak buah, kek secret resepi suri, [ikan kembung,ikan keli, ayam, udang, sotong, hotdog] bakar tanpa air asam..

Sian hotdog, hangus dibuatnya.. huhu

Sempat lagi budak2 ni bershoping, si ateh ni dpt 1 helai hijau sehelai di PD ni

Save Gaza, Selamatkan Palestin

Posted by Faridatul at 10:55 PM 0 comments
Program Save Gava bermula dengan pelancaran tabung di kompleks pkns bangi pada 24 jan 2009 bulan lepas. Tak sempat nak upload gambar2 masa program 24 jan tu so combine ngan program penutup selamatkan gaza di stadium MPKj pada 7 feb (3 hari lepas).

Pelancaran Selematkan palestin dilancarkan oleh adun bangi, Y.B Dr. Shafiie

Majlis pemberian sumbangan dr semua wakil2 surau, NGO, dan syarikat2

Semua memberi perhatian pada program walaupun di tingkat atas

Kononnya mendafaftar sebagai ahli sukarelawan aman palestin (ade ke masa..huhu)

Jumlah para hadirin yang hadir mendengar pidato selepas sembahyang berjemaah isyak dan solat hajat di Stadium MPKj

Wanita2 anggun selamatkan palestin.. banner yang dibuat oleh suri

For more pictures, click here

Saturday, February 7, 2009

Puding roti + chocolat chip

Posted by Faridatul at 1:38 PM 0 comments
Minggu ni dan minggu lepas adalah minggu puding roti. Suri rajin plak buat puding roti. Aku tukang makan jek. hahahah


puding roti yang dicampur chocolat chip (minggu lepas)


puding roti yang dicampur chocolat chip dan walnut (menu hari ni)


Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea