Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 8, 2009

Apa nak buat ngan Nangka??!!

Posted by Faridatul at 12:19 PM
Malam tadi aku menyiapkan beberapa editing buku yang akan digunakan untuk pengajaran semester ini. Ini kali pertama aku dan 3 orang rakan mendapat idea untuk membuat buku tersebut.

Dalam menyiapkan kerja tersebut, aku berYM ngan cik suri yang masih di opis. "Akak, saya balik lambat tau. Akak kunci jek mangga pagar, tak perlu kunci dari dalam", msg cik suri padaku.

Aku hanya menurutkan sahaja. Cik suri ada waktu ketika tertentu akan bermalam di opis atau balik dalam jam 2-3 pagi. Jadi aku dah terbiasa ngan keadaan itu. Hanya mengiyakan sahaja.

Tetapi jam 12.40pm suri dah tiba di rumah. Pelik dan ajaib. Baru jek kejap tadi kata nk balik lewat.. Mana tak nya.. dia dh takut nk stay sana setelah aku mengacaunya.. hahahaha...

Sampai sahaja dirumah, cik suri memberi idea nak buat apa ngan nangka yang ada dalam peti ais. Aku dh tak tahu nk buat apa. Dah 4 biji nangka aku kupaskan bijinya supaya tak busuk. 2 bijik dh dijadikan pengat, ada lagi separuh bijik yang aku tinggalkan yang tidak dikupaskan biji nya lagi sbb dh pedih tangan2 ku kena getah nangka.. "Nak muak dah aku tgk nangka ni!!".

"Suri nak buat apa..buat la. Akak dh tak kesah.", ujarku.

Pagi jam 1 lebih aku ngan cik suri melihat resepi di internet apa yang boleh dibuat ngan nangka tersebut. Yang banyak resepinya di insea atau di oversea adalah pengat. Bezannya guna santan atau susu jek. huhuhu.. Last2 dapat juga resepi tart nangka ngan mufin nangka. So..tunggu ajelah cik suri buat nanti.

:: Durian yang diberi oleh cik lia dah di kupas ptg semalam dari bijiknya dan telah dimasukkan dalam bekas bertututp. Jangan pula tidak dimakan ye cik suri n cik mije.. Sian buah tu. Aku ni plak dh lama tak mkn. Tapi smlm punya hal, termakan jugak la seulas.. hahahah ::

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea