Pages

Friday, July 17, 2009

Pelajar China FTSM telah mengidap H1N1

Posted by Faridatul at 9:48 AM
"Wei, sorang budak China fakulti kita kena H1N1 la. Cuba korang baca emel", teriak Mas.

Ketika itu aku dan guru-guru it yang lain yang sedang menikmati coklat pemberian mas sepulangnya dia dr langkawi tersentak akan berita itu.

"Sape??!! Sape??!!", balas k zura dengan kerisauan. "Semalam ada budak dr China tu jumpa aku".

"Namanya #####, no matrik A######", balas Mas.

"Yelah, budak tu la jumpa aku semalam. Diskus pasal subjek dia semester lepas", jawab k zura dengan penuh kerisauan.

Apa lagi.. aku, iza dan ina terus bangun dan terus keluar dari bilik k zura. Mas pula terus menutup mulut dengan tudungnya. Kerisauan mula terbayang di mata kitaorang. Tambahan lagi ina yang sarat mengandung.. huhu

K zura mula mengelabah dan marah2 tak menentu.. Aku pun turut risau sebab semalam lepas habis kelas, aku menikmati rojak bersama k zura di cafe baru.

"Nape la tak dikuarantin kan!!!.. gatal la budak ni!!!. Dah tau kena kuarantin merayap ke fakulti", marah-marah k zura.

Kitaorang pun tokok tambah kemarahan tersebut sebab masing-masing risau. Mana tak nya sume dah terdedah ngan k zura. Makan coklat sama-sama. Aku plak makan rojak sama-sama dengan dia semalam.. wawawa

K zura terus jumpa ngan En Hamran, penolong pendafatar bagi mengesahkan apa tindakan yang sepatutnya perlu diambil.

"Woi.. budak tu dh habis kuarantin la", sepulangnya k zura dr jumpa en Hamran.

Huhuhu.. buat suspen jek emel fakulti ni. Ye pun bgtau la budak tu telah bebas dr dikuarantinkan. Sabo jelah...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea