Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 7, 2009

Kereta yang GHAIB

Posted by Faridatul at 9:35 AM
Pengalaman ini aku terima masa berada di Kelantan 2 minggu lalu. Tak sangka pengalaman yang selalu diperkatakan dan yang sering aku dengar, kali ini aku hadapi sendiri.

Setelah habis menjaga exam di KTB, aku dan rakan-rakan lain memanjangkan langkah ke rumah kawan aku di Kelantan. Cik dilah tak dapat turut serta sebab dia tak dapat cuti. Dia hanya minta cuti pada hari jumaat sahaja.

Cik Dilah bertolak malam khamis dan akan smpai pada pagi jumaat. Sepanjang di kelantan, aku duk di rumah salah sorang kawan aku yang turut serta dalam rombongan ku itu. Rumahnya agak berada dalam hutan.

"Sepatutnya cik dilah akan sampai pada jam 4 ke 5 pagi", kata rakan ku. Tapi tak sangka bus bergerak laju kot, jam 3.30 pagi cik dilah dh sms kata dh nak sampai. Aduss.. masih pagi lagi ni. Dah la dalam hutan. Di parkirnya pula di nun di bandar jauhnya 20 minit dari rumah kawan aku.

Sekeluarnya dari kawasan perumahan dan tiba di jalan besar yang gelap itu, tetiba muncul satu kereta. Agak laju juga dipandunya sehingga hendak memotong kereta yang ku pandu. Aku membiarkan sahaja kereta tersebut memotong keretaku. Mataku hanya memandang plat kereta tersebut.

Aku terus memerhatikan kereta tersebut sehingga la tiba menaiki satu bukit kecil bila kereta tersebut turun dr bukit itu, kereta tersebut terus ghaib. "Aik.. pelik ni", bisik hatiku. Peliknya sebab jarak kereta tersebut dengan jarak kereta yang ku pandu hanyala lebih kurang 1 meter jek.. Kalu ye pun dipandu nya laju tahap gaban, mesti nmpk cahaya lampu. Nak kata masuk lorong mana2 tak de plak lorong dalam hutan tersebut.

Ku luahkan pada sahabatku di sebelah yang sedang bermsg2an ngan cik dilah. Dia dh perasan dr tadi. Disebabkan ketakutan, dia hanya mendiamkan diri sambil membaca ayat kursi. Yang aku plak bebel2 mana perginya kereta tersebut. Sehingga la aku dimarahi oleh sahabatku supaya jangan ditegur bende2 ni. Huhuhuhuhu..

Ketakutan mula terasa, aku terus menolak kaser ke dalam kaset driver di kereta tersebut dan berkumandangla zikir2. huhuhu..

Yang pelik dan ajaibnya, nape masa aku g amik cik dilah tu tak de orang nk lalu. Sedangkan masa balik nak pulang ke rumah, banyak pula kereta lalu.

Dan keesokkannya aku melalunya jalan yang sama, jalan tersebut sebenarnya lurus. Dan sepatutnya kalu dia pandu laju pun, aku tetap akan nmpk cahaya dr lampu depan atau lampu belakang kereta tersebut. Dan yang pastinya tiada simpang dalam hutan tersebut.

Akhirnya cik dilah pun bersuara.."Nasib baik tak nmpk pemandunya, hanya nmpk kereta nya saja"... Betul gak tu.. kalu tidakk..wawawawa...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea