Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 14, 2010

Cuti sekolah vs kenduri kahwen

Posted by Faridatul at 5:32 PM
Kelincahan tasya dan arisya

Jumaat lepas aku balik kampung suamiku di Chini Pahang. Adik ipar ku ikut sama bersama dua orang anaknya... Sepanjang perjalanan balik kampung.. kereta kami tak senyap dr kebisingan dua orang anak sedara iaitu tasnya dan arisya... sorang berumur 3 tahun dan sorang lagi berumur setahun.. penat aku melayan diorng..

Perjalanan yang kebiasaannya amik masa 4 jam kini menjadi 5 jam lamanya... mana taknya.. tak boleh bawak laju2 sebab budak dua orang ni kejap ke sit depan.. kejap ke sit belakang... Sepanjang en abang drive, boleh lagi aku control tasya dan aeisya ni.. sampai di kuala pilah, en abang dah mengantuk jadi aku plak tukar memandu... tapi siannya, en abang tak dapat tidur langsung..

Makin galak anak2 sedara aku bermain.. dua2 berebut kerusi depan tempat suami ku duduk... terpaksa la en abang bergenjak hujung kerusi.. langsung dia tak dpt tidur.. aku saja mengambil peluang untuk terus memandu.. at least aku tidak diganggu ketika memandu.. huhuhu...

lagi 20 minit nak sampai rumah baru la budak2 ni tertido... jam 3 pagi baru sampai ke chini.. sampai sana pula bukannya nk tido..smbung plak bermain.. aku n en abang jam 4 pagi terus masuk tido takut subuh nnt terlajak.. maklum la balik je keje terus bersiap2 balik kg... so penat bekerje pun tak habis lagi tambahan pula penat memandu... esok paginya.. mak mertua aku bgtau budak2 tu jam 5 baru tido.. hahahahaha... nasib baik tak layan diorng main..kalu tak sampai subuh la tak tido....

Ikan siakap, ayam, kerang dan udang bakar....
Dulu kalu ada kenduri di chini, selalu aku dgr mak mertuaku ckp gantung kuali.. aku tak paham mulanya.. skrg baru aku paham istilah "Gantung Kuali" tu.. Istilah tu bermaksud tak masak la kat rumah tu.. tapi aku ngan en abang dh plan mlm nya tak nk mkn makanan kenduri.. nak mkn ikan bakar, ayam bakar, dan kerang bakar.. pagi2 lagi sebelum en abang pergi tolong merewang kami berdua ke pasar pagi terlebih dahulu.

Sebenarnya plan nak cari ikan patin tapi sayangnya.. hanya beberapa sahaja gerai yang buka pagi tersebut. Meja yang selalu jual ikan patin tidak kelihatan langsung.. sepatutnya ada la 2-3 meja yang jual tapi ni satu pun takde.

Kebiasaannya kalu aku balik kg, sudah pasti paling kurang dlm 5 ekor ikan patin ku bawa balik.. setiap kali balik chini, sudah pasti cooler box dibawak balik untuk diisi ikan patin... huhuhu.. takde rezeki kali ni.. sume member2 yang order terpaksa ku balas sms mereka "minta maaf..kenduri byk so masing2 orang chini tak masak..so takde yang jual ikan patin.."... huhuhu...

Petangnya jam 6 ptg hujan turun dengan lebatnya.. jam 7 baru reda.. hanya renyai2 sahaja.. kayu yang sepatutnya hendak dibakar masak ikan tidak dapat digunakan.. terpaksa la ke kedai membeli arang dan masak dalam pinggir rumah...

Suamiku tengah menghidupkan arang..
ikan siakap dan 2 ketul peha ayam yang telah diperap pagi td... lupa nk amik gmbr kerang dan udang.. hehehe

arang yang telah terbakar sepenuhnya... cantik kan bila dalam keadaan gelap
Yang ni lagi cantik... nampak percikan api yang terapung di udara
Yang bestnya..kali ni makan sambil ditemani lilin 3 batang.. adik iparku fahmi yang berusia tingkatan 2 dan fikri darjah 6 masing2 kata "malam ni kita makan macam dalam hotel"... huhuhuh.. elektrik takde sejak jam 9mlm sehingga 1 pagi. nasib baik tak tunggu elektrik ada baru makan kalu tak kebulur la masing2.. heheheh

Kenduri kawen di jengka - kota gelingi

Kononnya rancang nak balik lewat dari chini hari ni terpaksa diawalkan.. jam 10 pagi kami dh berangkat pulang...pulangnya bukan terus ke bangi tapi ke temerloh dulu. Bapa sedara suamiku terlantar di hospital temerloh. ketika kami datang, pak ngah tengah menunggu giliran untuk ke bilik pembedahan. pak ngah mengidap gout. bengkak tersebut terpaksa dibedah kerana pak ngah meraung sakit sbb bengkak tersebut mengeluarkan air bisanya sendiri..

kami beransur ke kenduri di kota gelingi setelah kami menghantar pak ngah ke bilik wad. dua jam jugak pemdebahan dilakukan.. apa2 pun alhamdulillah, selesai juga pembedahan tersebut.

Akhirnya sampai di bandar pusat jengka.. kat area2 sini juga uitm kampus jengka terletak...

jauh betul kota gelingi ni.. kalu ikutkan jauhnya.. en abang cam malas jek nk kesana.. tapi memandangkan ada kiriman dari mak mertuaku untuk disampai kan ke bapak sedara nya.. akur juga la ke sana.

sepupu suamiku dan wife

sempat bergambar ngan pengantin :-)

Sampai di sana, kenduri hampir selesai.. masa tu dah jam 3ptg. jam 3 setengah kami berangkat balik kuala lumpur. Alhamdulillah jam 7.30 kami sampai di selayang walaupun jalan mulai jem di bentong gara2 kemalangan di jalan seberang.. maklum la rakyat malaysia ni TERLALU PRIHATIN... Tapi sepanjang perjalanan dr bentong ke selayang hampir 4 kemalanagn kami tempoh.. Alhamdulillah kami takde pepe...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea