Alhamdulillah dapat jua aku menaip di blogku yang sekian lama menyepi. Skarang musim peperiksaan. Tak lama lagi sem akan berehat sehingga la hujung bulan 12. Aktiviti untuk sepajang cuti ni dah plan tapi tak maklum lagi dengan iza... heheheh...
Nak cerita satu pengalaman petama buatku di tanahair sendiri.. Sepatutnya hari ahad lepas dah janji ngan pogie nak gi ambil coklat yang ku order dari langkawi, tapi tak jadi sebab terlalu banyak keje nak disiapkan. Modul yang kena dibaiki terlalu banyak. Sebenarnya aku boleh je buat coklat sendiri. Maklum la, kursus buat coklat dah pergi. Bayar mahal2 last2 bila nak makan coklat, beli juga kat luar... hehehehe.. Bukan apa, kalu sekadar nak makan sikit2 tu senang aku beli je. Kalau ada apa2 event baru la buat...tp kebiasaannya aku malas nk buat.. huhuhu....
Jadinya, mlm semalam selepas solat magrib, aku dan suami pergi la ke sentul. Alang-alang dah ke sentul, aku janji ngan junior ku untuk ambil barang2 darinya. Dia mintaku belanja KFC. So aku pun beli la. Banyak yang dia bantu kerja yang tak dapat ku lakukan pada kali ni. Suami ku pun beriya2 nak ke KFC yang dia dengar semua pekerja di situ adalah bisu dan pekak.
Sampai disana, keadaan sunyi je. Semua orang nak order takde nak bising2. Sume pelanggan hanya tunjukkan sesuatu kat atas meja dan menggunakan riaksi tangan. Aku dah panik camne nak order snack plate tanpa air... dan aku nak take away...
Tibalah giliranku... patut la semua pelanggan tak tengok atas..semua main pakai tunjuk2 jari kat atas meja.. Menu yang diatas meja restoren KFC situ berbeza dengan KFC lain. ada gambar eat here.. ada gambar take away.. dan setiap satu perincian detail dalam menu tersebut... heheheh..Dah setel order, aku dan suami hanya tersenyum tanda lega...
Bagus juga KFC sini mengambil pekerja2 dari kalangan yang cacat pendengaran dan penglihatan.. tapi tak semua bisu dan pekak.. ada 2 orang penyelia yang normal tetapi mereka ni macam dah dilatih untk berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Bila aku tahu ada yang boleh bercakap, segera aku ke penyelia tersebut untuk minta tambah sos dan extra plastik bungkusan... heheheh.
p/s --> dilah kata aku dah jadi hajjah ketika bermeseg dengannya sebab aku cakap aku main dam haji kat KFC tersebut.. hehehe
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment