Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 14, 2010

Berkelah di Sg Gabai

Posted by Faridatul at 11:20 PM
Suami ku beriya-riya nak cari homestay untuk kami berehat. Agaknya dia pun risau isterinya asyik stress jek.. so nak cari tempat yang damai untuk hilangkan stress. Punya la cari dalam internet homestay mana yang best dan mempunyai aktiviti yang menarik tapi tak jumpa.

Aku pun cerita la ngan iza jumaat petang mengenai plan hujung minggu ni. Iza bagi cadangan gi Sungai Gabai. Dia boleh join sekali tapi dia kena minta izin dan keputusan suami dia dulu, dan begitu juga aku. Jam 7 petangnya, aku bermeseg2 ngan dia. Suami kami masing2 izinkan. Suami aku pun xcted nak gi sampai suh buat BBQ lagi. Malamnya kami ke econsave untuk beli ayam dan sosej serta barang2 bakar sebab arang yang ada mcm tak cukup.


Iza satu famili yang join sama berkelah di Sungai gabai..
Sabtunya, jam 8 pagi kami bertolak dari Bangi. Dalam 8.45 kami sampai ke destinasi. Bayaran masuk dan parking seperti biasa rm2. alhamdulillah sebab kami datang awal, jadinya dapat la parking dekat ngan sungai. Kami ambil port awal2 sungai jek sebab nak naik atas, masing-masing ada kekangan. Iza bawa arini, susah nk bawa budak kecil daki ke level atas. Lain la kalau semua bujang, sah landing kat atas.. huhuhu

Suami ku yang bakar2 ayam dan sosej serta kentang

Antara makanan yang dibakar.. nyum2..

Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar. Makanan pun semua habis, takde membazir. Nasi lemak iza sungguh sedap. Maklum la dia bangun jam 5.30pagi nk masak semua2 tu.. hehehe.. aku nya part siap dari malam tadi lagi, just perap ayam tu then bakar sesudah sampai di sana nanti..


makanan yang dibawa oleh iza..nyum2...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea