Tengahari sabtu, suami ku ajak keluar ke bagan lalang selepas asar. Mula2 macam tak nak je keluar tapi sian la plak dah 2 hari ni kami asyik terperuk je kat rumah. Dah la semalam suamiku yang masak dan aku tolong makan je. Sian plak, aku dah menganiaya suami.. hehehe. Lagipun dah lama aku tak ke bagan lalang. Alang-alang dah keluar aku bgtau nak ke i-city di shah alam selepas ke bagan lalang tapi jauh plak katanya... maka hari tersebut kami ke bagan lalang saja.
Bergambar bersama suami tercinta...
Sampai disana kelihatan ramai nya orang. Banyak perubahan yang aku perasan. Jalan pun dah jadi satu hala. Goldcoast pun dah siap, cantik pemandangan dari jauh. Air pun tidaklah sekotor dulu. Ramai yang mandi manda macam dah kat PD plak aku tengok. Tempat parking pun dah disediakan banyak tapi agak jauh sedikit. Kedai makan pun dah bertambah banyk. So kiranya banyak la perubahan kat bagan lalang ni. Hampir setahun aku tak sini banyak perubahan dah ada tapi yang paling aku nampak perubahannya ialah dengan siapnya goldcoast tu.. kalau dulu dentam dentum bunyi kapal korek dan segala mak nenek jentera beroperasi di situ...
Pemandangan sunset..
Tak sangka plak jumpa pijah di sana.. Mengimbau kenangan lama masa ribut dengan angin yang kuat sehingga khemah ku dan kawan-kawan melayang, dompet aini terciciran dan pelbagai kenangan lain masa ribut tersebut. Dulu aku la tempat diorng ni mengadu dan mengepalai semua program, maklum la jadi ketua kumpulan anak2 dara.. hehehe.. Tp skrg tak lagi, masing2 dah hebat2 belaka. Keta pun masing2 dah ada, duit poket pun mengalahkan aku...keje pun bertaraf hebat dari aku la katakan... Dulu teringat sume benda aku belasah... Time tu tak hengat dunia.. falsafah "Semua keje pompuan boleh buat la" menjadi falsafah diri. Tapi tidak lagi sekarang. Sume keje transfer ke suami tercinta... Sekarang masa untuk "mengada-ngada" heheehhe...
0 comments:
Post a Comment