Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 8, 2011

7 Standard penyusuan

Posted by Faridatul at 1:44 PM
1. Menyusukan bayi secara ekslusif dalam 6 bulan pertama. Bererti bayi tidak mengambil sebarang cecair atau makanan pejal. Dia hanya menerima susu ibu daripada payu dara anda.

2. Memujuk bayi menggunakan payu dara. Anda melakukannya agar bayi kekal selesa dalam memenuhi keperluan emosinya. Ini termasuklah menyusukan bayi untuk tidur.

3. Tidak menggunakan botol atau puting kosong. Jika perlu gunakan puting kosong, payu dara adalah alternatifnya.

4. Tidur dengan bayi untuk menggalakkan penyusuan di waktu malam. Kajian membuktikan bayi yang tidur dengan ibunya menyusu 3 kali lebih banyak berbanding bayi yang tidur berasingan.

5. Tidur ketika bayi tidur di waktu siang. Ambil masa untuk tidur sebentar (nap) dan pada masa itu susukan bayi. Rehat sambil menyusukan bayi adalah elemen penting dalam penyusuan susu ibu dan amat penting dalam mengekalkan ketidaksuburan di kalangan ibu yang menyusukan bayi.

6. Kerap menyusukan siang dan malam dan tidak terikat dengan jadual penyusuan. Bagi memastikan penghasilan susu kekal stabil, susukan bayi mengikut kehendaknya.

7. Elakkan apa jua amalan yang memerlukan anda berjauhan dengan bayi. Ini termasuklah penggunaan peralatan tertentu yang mengantikan peranan anda sebagai ibu. Ingatlah, apabila bayi sentiasa rapat dengan ibu, dia akan teransang untuk selalu menyusu susu ibu...

Nampaknya cuti 3 bulan bersalin jelah boleh amalkan 7 standard penyusuan ini.. :-(

Sumber diperolehi daripada Majalah PAMA keluaran Mei 2011 MUKASURAT 34.

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea