Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 17, 2011

Tak dapat Tidur!!

Posted by Faridatul at 3:56 AM
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dari jam 2 pagi td terbangun hendak ke toilet sampai skrg tak boleh tidur. Dengan perut laparnya dan baby dalam rahimku menendang-nendang menyebabkan aku terus membuka astro dan laptop. Buka laptop sebenarnya hendak mencari artikel berkaitan sebab dan punca baby terlalu aktif. Risau juga kot-kot aku ada tersalah makan. Tapi tak pula jumpa artikel yang dicari.

Semalam aku MC. Doktor suh bykkan rehat. Nak kata terlebih tidur aku bukan spesis tidur berjam-jam. cukup time, bangun. Tapi yang pelik dari pagi sampai ke malam, tendangan kandunganku sangat menyerlah sehingga suamiku perasan dari jauh. Takde plak aku rasa ketika baby senyap seperti selalu. Macam tau2 jek ummi dan abinya ada kat rumah. So nak expose diri la tu.

Dengan harapan aku boleh tidur nyenyak sebab seharian baby aktif maka jam 11 mlm td aku sudah masuk tidur. Rupa-ruoanya jam 2 sudah dikejutkan. Biasanya jam 4.30am tanpa loceng pun aku sudah tahu masa tersebut sebab disekitar jam 4.30am aku mesti terbangun kerana ketidakselesaan baby bergerak menendang-nendang perut.

Bila berjumpa doktor kelmarin, dia tanya punca aku tak cukup rehat. Suami aku memberitahu aku tak cukup tidur. Doktor suh amik nap di siang hari. Tapi dengan kelas aku yang terlalu padat sem ni, dan lif yang selalu rosak, masa gap sejam antara 1-2pm hanya cukup untuk aku panjat tingkat 4, solat dan makan sahaja.

Rasa tak sabar menanti hari-hari yang bermakna itu. Rasa cam lama plak nk ke bulan 12 ni. :-)

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea