Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 8, 2011

MITOS Hamil - Dengar Boleh, Percaya JANGAN

Posted by Faridatul at 1:04 PM
Aku kembali membelek2 majalah PAMA yang terdapat di bilikku ini.. Aku tertarik dengan artikel ini yang dikarang oleh Intan Jastina Jamaluddin di keluaran PAMA Mei 2011 di mukasurat 32.

Terdapat beberapa mitos yang telah disenaraikan dan penjelasan untuk diamati.

1. Kafein (Perlu Berwaspada)
- Teh dan kopi selamat untuk diminum selagi tidak mengambilnya lebih daripada 300mg kafein sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 3 cawan kopi, 6 cawan teh atau 8 tin minuman kola.

2. Makanan pedas (Perlu berwaspada)
-Masih selamat untuk diambil sewaktu hamil. Namun, makanan yang terlallu pedas boleh membuatkan tidak berasa selesa terutama trimester kehamilan. Tambahan pula, ia boleh mengundang masalah pedih ulu hati.

3. Mentega kacang (Tidak sama sekali tidak boleh)
- Dipercayai memakan terlalu banyak kacang tanah ketika hamil boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan mengalami alahan terhadap kacang terutama sekali apabila ada ahli keluarga yang sememangnya menghadapi masalah alah terhadap kacang tanah.

4. Coli berdawai (Tidak sama sekali tidak boleh)
- Perubahan payu dara berlaku sepanjang masa di dalam tempoh kehamilan. Jika ada sesuatu memberi tekanan ke[ada tisu payu dara, boleh menyebabkan sakit atau terseumbat.

5. Seluar ketat (Perlu Berwaspada)
- secara umunya seluar yang ketat tidak pernah dibuktikan boleh membahayakan anda dan kandungan. Namun, ia bukanlah pilihan terbaik memandangkan ia boleh menyesakkan nafas dan mengundang rasa tidak selesa sepanjang memakainya. sama juga halnya dengan baju yang ketat.

6. aromaterapi (Perlu Berwaspada)
- sesetengah minyak pati berguna sewaktu hamil. Namun ada juga yang boleh memudaratan kehamilan. Jadi jangan gunakan sebarang jenis minyak uruta atau produk mandian yang mengandungi minyak pati tanpa mendapat pandangan doktor terlebih dahulu.

7. Cat (Perlu Berwaspada)
- Pastikan tugas mengecat tidak anda lakukan. kandungan cat boleh membahayakan bayi jika anda terlalu kerap terdedah kepadanya.

8. Jakuzi (Tidak sama sekali tidak boleh)
-tidak digalakkan sama seperti mandian air panas dan sauna. Hal ini kerana anda dan bayi akan berasa panas. Pastikan air yang digunakan untuk mandian tidak melebihi suhu badan.

9. Menaiki kapal terbang (Perlu Berwaspada)
- untuk 8 bulan pertama, adalah selamat untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

10. Seks (Pastinya Boleh)
- jika kehamilan anda normal, seks ketika hamil adalah selamat. Walaubagaimanapun, bagi yang menghadapi komplikasi kehamilan seperti pendarahan, gugur lebih daripada sekali atau uri bawah, adalah sebaiknya dielakkkan sehinggalah doktor mengesahkan anda selamat melakukannya.

11. Senaman (pastinya boleh)
- kekal aktif sepanjang kehamilan adan baik untuk anda dan bayi. Walaubagaimanapun perlu berhati-hati ketika bersenam. Elakkan senaman berisiko tinggi yang melibatkan bahagian otot abdomen. Dinasihatkan berhenti daripada meneruskan senaman setiap kali terasa penat atau terlalu panas.

12. Ubat Asma (Pastinya Boleh)
- adalah penting untuk mengawal asma ketika hamil. Bayi boleh bermasalah jika bekalan oksigen tidak cukup.

13. paracetamol (Perlu Berwaspada)
- ubat ini selamat untuk diambil tetapi lebih baik jika anda hanya mengambilnya di saat yang benar-benar memerlukannya.

14. produk pencuci (Perlu Berwaspada)
- selagi anda tidak melakukan kerja-kerja pembersihan di ruang terkepung di mana anda berisiko untuk menghidu wap. Dinasihatkan agar anda memakai sarung tangan sepanjang melakukan kerja-kerja mencuci rumah.

15. Ketuhar gelombang mikro (Perlu Berwaspada)
- memanaskan makanan di dalam ketuhar tidak mendedahkan ibu dengan apa-apa jenis radiasi. Jarang sekali kebocoran radiasi berlaku melainkan ketuhar gelombang mikro rekaan alama ataupun sudah rosak.

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea