Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Mggt test dan BP

Posted by Faridatul at 9:25 PM
Semalam ke hospital HUKM ada appointment. Jam 7.45 dh bergerak dari rumah. Alhamdulillah semalam tak berapa jem so dalam 8.40 dah sampai di sana. Ingatkan aku orang yang terawal la datang rupanya aku merupakan orang no ke 8 sudah untuk appointment jam 9 pagi nnt.

Setelah mengambil berat badan, tekanan darah dan ujian air kencing, aku diminta ke bilik 11 untuk membuat scan sebelum berjumpa dengan doktor. Kebiasaannya tekanan darah aku normal tetapi pg tadi naik sedikit dari biasa. Bila ditanya pada nurse yang bertugas, dia kata mungkin disebabkan aku masih penat sebab baru tiba di situ kerana memandangkan bacaan bawah tekanan darah aku masih normal. Yang naik cuma bacaan atas sahaja.

Masa scan alhamdulillah apa yang dijangka oleh Dr Fadz mengsahihkan jantina kandunganku. Selalunya bila buat scan ngan Dr Fadz asyik baby menyorok jek tapi dengan scan yang lebih berteknologi di HUKM segalanya nmpk jelas.

Tapi yang sedeynya, setelah berjumpa Dr aku dinasihatkan agar membuat semula mggt test untuk membuat ujian air kencing sekali lagi jumaat ini. Kerana penambahan berat badan yang mendadak, Dr bimbang jikalau aku mempunyai kencing manis. Begitu juga setiap selang 3 hari aku diminta membuat ujian tekanan darah. Aku mohon agar mggt test dan tekanan darah dibuat di Poliklinik UKM sahaja memandangkan nk ke HUKM sedikit sukar.

Doktor membenarkan aku buat di Poliklinik UKM di bangi tetapi jikalau bacaan abnormal diminta segera ke sana. Katanya kandungan tidak boleh dibiarkan lama jikalau salah satu bacaan abnormal. Bukannya disebabkan aku mempunyai kencing manis atau darah tinggi sebelum ini tetapi sejarah keluarga yang mempunyai penyakit serangkai itu dikhuatiri aku juga mengidapnya dan disebabkan sejarah pernah gugur dua kali.

Apa-apa pun aku ikutkan saja apa nasihat doktor itu. Mudah2an aku dan kandungan ku selamat dan semoga kandunganku selamat dilahirkan dan dapat melihat dunia ciptaan Ilahi yang indah ini.. amin....

Artikel yang berkaitan berkenaan masalah yang timbut akibat penambahan berat badan yang berlebihan :-( http://www.amazingpregnancy.com/pregnancy-articles/863.html

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea