Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 9, 2011

Alhamdulillah,.. kandunganku sudah kembali normal kedudukannya..

Posted by Faridatul at 12:36 PM
Bersyukur kepada Ilahi bayi dalam kandunganku kini sudah tidak lagi kedudukan songsang dan meniarap. Tadi masa scan di Poliklinik UKM, kedudukan kandunganku kembali normal dan mengiring.. Lupa plak nak tanya doktor mengiring ke kanan atau ke kiri.. Lagaknya cam aku jek yang suka tidur mengiring... hehehe...

Sepanjang minggu ni aku kerap mengalami kesakitan di perut.. Macam diserang angin dan perut tetiba mengeras. Tapi yang paling sakit adalah petang semalam apabila semua ahli floor di blok D ni sudah masing2 kembali ke rumah, aku masih lagi berada di opis walaupun jam menunjukkan jam 6 lebih. Sebelum balik aku ke tandas dahulu, disitu la sakit perut ku mula menyerang... agak lama juga aku di tandas sebab menahan sakit perutku yang mengeras... setelah ok aku kembali ke bilik opisku... Setelah kunci pintu bilik sahaja, perut ku mula mengeras kembali. Tapi kali ni lebih sakit dari tadi. Aku mula ingatkan ada gangguan ke apa ke.. aku mula membaca surah 3 qul dan ayat kursi... hampir 10 kali aku mengulang surah kursi tapi sket pun tak mengurangkan pada sakitku ini.. air mata mula berlinangan... aku gagahkan juga melangkah ke tangga dan setiap langkahku bersama linangan air mata...

setelah sampai di tingkah bawah, sakit berkurangan.. tapi bila smpai di kereta sahaja.. kembali menyerang.. kali ni lagi sakit dari tadi.. aku mula agak teresak2 menangis sebab tak tahu nak buat apa.. Rupa2nya ada satu kereta ni ada penghuninya.. aku dapat rasakan penghuninya menghala ke arah aku.. Rupa2nya kak goji bersama suaminya di kereta tersebut. Tapi agak kelakar iaitu sakitku tiba2 reda dan hilang setelah mendengar pertanyaan kak goji itu. " Fari sakit apa? Fari mengandung ke? ".. aku agak tersentak bila mendengar soalan k goji itu.. aku rasakan perut aku ni cam dah sarat beno tapi boleh plak soalan itu diajukan.. heheheh...

Setelah aku masuk ke kereta aku rehatkan diri dulu sebelum pulang.... dan Alhamdulillah aku kembali selamat sampai di rumah dan berjumpa suami tercinta untuk mengadu pengalamanku tadi.. :-)

2 comments:

Xara said...

rupanya ubat sakit perut hanyalah soalan yang mampu mengerutkan dahi sahaja :P

Faridatul said...

hehehhehe... terkejut la suri soalan sebegitu ditanya.. bukan kak goji sorang jek rasanya ramai lagi.. cam sebelum ni perut akak boyot macam ni ke??... musykil betul...

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea