Pages

Monday, November 21, 2011

Baby aktif bergerak di trimester ketiga

Posted by Faridatul at 10:41 AM
Assalamualaikum..

Pagi ni terasa mengantuk sangat. Maklum la sejuk sehingga menyucuk tulang dibuatnya. Kebiasaannya jam 5 pagi aku akan terbangun sebab tendangan dari baby dalam perut tetapi hari ni disebabkan sejuk dan mengantuk yang teramat sangat aku terus terlena dibuai mimpi sehingga la sedar jam 6.30 pagi.

Minggu ni adalah minggu ke 34 kandunganku. Apa perubahan ketara yang aku perasan setelah masuk trimester ke tiga ni, baby banyak bergerak. Keaktifannya sungguh ketara. Tendangannya kekadangan menyebabkan satu badan aku turut bergerak sama. Segala kepenatan dan sakit-sakit sebelum ini yang dirasai seperti tiada langsung memberi ingatan kepadaku. Semuanya hilang. Yang ada perasaan gembira dan teruja dengan tendangan kandungan ku. Cam tak sabar jek nak tunggu kelahiran ku ini.

Walaupun perasaan takut dan resah menanti hari yang ditunggu-tunggu lebih kurang sebulan jek lagi ni, tapi aku buat2 biasa jek. Hanya padaNYA aku memohon agar semuanya selamat.

Suamiku pun turut teruja dengan keaktifan baby. Semalam kepala suamiku letak di perutku ini. Terasa seperti ditolak2 kepala suami ku. Suamiku cuba membuat eksperimen. Tangannya kula diletakkan di atas perutku. Sah la. Memang ditolak2 juga tangan suamiku dari perut. Agaknya baby kata " this is my territory" huhuhuh...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea