Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 5, 2010

Asid Folik bagus untuk ibu mengandung

Posted by Faridatul at 5:39 PM
Hari ni genap lah seminggu aku makan asid folik. Dulu masa kandungan yang pertama tak pernah pun dengar asid folik ni.. Lepas sahaja keguguran, cuti rehat di rumah hampir 2 minggu, aku melayari laman web yang berinfokan mereka yang pernah keguguran. Kebanyakannya menyarankan makan asid folik.

Asid folik ni bagus untuk ibu dan baby dalam kandungan. Masa aku nak pergi beli asid folik di farmasi jenama appeton, di belakang kotak asid folik tersebut tertulis "pil ini sesuai dimakan oleh ibu yang merancang untuk hamil. Pengambilannya tiga bulan sebelum hamil".. Ok la tu. Doktor sarankan pun aku tidak hamil dalam 2-3 bulan ni. Sesuai sangat la tu.. Huhuhuh

Asid folik ini bagus untuk ibu kerana ia akan menguatkan rahim. Bagi ibu yang mengandung, asid folik ini bagus untuk pembentukan tulang belakang baby dan otak baby. Kekurangannya akan menyebabkan kecacatan pada baby nanti. Selain itu, bagi ibu yang mengandung yang lambat mengambil asid folik ini boleh menyebabkan baby berisiko mendapat asma.

Selain daripada aku, masih ramai diluar sana yang tidak tahu kepentingan asid folik ini. Contohnya adik iparku yang mana 2 minggu kawen selepas ku. Alhamdulillah dia pun sekarang ni dah mengandung 3 minggu. Bila ditanya ada tak doktor bagi ubat asid folik, dia tak tahu menahu apa-apa. Dan yang sedih bila dia kata dia malas nak makan ubat doktor bagi tu. Aku pun segera melihat ubat-ubat yang doktor berikan kepadanya.. ada vit B, asid folik dan antibodi. Aku pun terangkan kepentingan asid folik tu kepadanya.

Sebelum balik semalam, buku yang ku tak habis baca tentang buku kehamilan, ku berikan kepadanya. Buku ni aku suka lagi dari buka yang ku baca di opis. Lupa plak tajuknya. Nampak gayanya kena beli lain sebab buku tu dah diberikan kepada adik iparku. Yelah, dia pun kawen di usia muda. Walaupun ramai orang tua di sekelilingnya, kekadang pantang larang orang tua ni "terlebih" sehingga boleh membantutkan pertumbuhan baby..

Disini disertakan sekali kepentingan dan kesan akibat kekurangan pengambilan asid folik:

Asid folik

# Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.
# Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing
# 67 peratus wanita hamil malas mengambil asid folik
# Genetik, masalah buah pinggang, epilepsi, rokok, arak dan obesiti antara faktor terjadinya kerosakan tiub saraf bayi.
# Pengambilan asid folik dikaitkan dengan penurunan masalah tekanan, jantung, barah kolon dan barah servik.


Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Risiko kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan :

* Sakit disekeliling mulut.
* Sakit lidah.
* Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
* Anemia.

Rujukan : http://infantiahouse.blogspot.com

Selain itu, anda boleh lah melayari laman web ini untuk melihat kepentingan asid folik kepada kita -- > http://www.appeton.com

5 comments:

Xara said...

yay, nanti blog ni bertukar menjadi blog info ibu mengandung..hehehe

rsbgurl said...

The doctor also gave me 1 bottle of the acid folic after I went my spinal operation last November...huhu. A part of vitamin B.

Faridatul said...

amboiii..speking london adik kite ni...

yup..asid folic mmg bagus tuk pembinaan tulang.. dan juga minta.. so jangan miss mkn ubat tau kalu nk cepat sembuh...

cik fiza said...

fiza penah dgr psl asid folik ni..tp x amik ksh sgt pn sblm ni..bgs k.fari buka mata kpd bakal2 ibu..hehe..bole mkn jenis pape pn ke? appeton tu ok ek?

Unknown said...

Acid folid appeton ni kira ok ke? Ke jenama lain lagi ok? Berbanding dengan acid folid doc bagi yang mana lbih baik?

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea