Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 21, 2010

Nama!!!

Posted by Faridatul at 5:35 PM
Hari ni hari ketiga kursus solaris diadakan.... Esok hari terakhir yang mana petangnya ada ujian penilaian kursus..huhhu.. soalannya semua berkenaan dengan command. Ada la yang dah hafal sebab lebih kurang sikit ngan ubuntu. Unix dengan linux ni dari pokok yang sama.. dari keluarga yang sama.. so tak banyak la beza konsepnya.

Sambil makan2 petang tadi.. kak S cerita la mengenai anaknya yang bertanyakan tentang nama.

"Mama..mama...nape orang sekarang ada nama atau juga. Kelakar la ada orang nama atau.", bertanya si anak kepada ibu iaitu kak S.

"Mana orang ade nama atau la", jawab si ibu.

"Adaaaa... kakak tengok sendiri kat sekolah kakak nama bapa dia ada atau."

Kami yang duduk minum tergelak sama sambil mendengar cerita kak S. Atau itu ialah alias nama. Pening kak S nak memahamkan semula anak dia penggunaan atau tu... :-)

Kemudian sambung pula kak K mengenai pelajar yang dari arab pula. Berkaitan nama juga. Selepas kak K memberitahu nama sebenar dia pada pelajar-pelajar dalam kelasnya, ada la sorang pak arab angkat tangan.

"Can i call you Dr. binti."

Kami gelak gila-gila. Dalam banyak-banyak nama kak K tu, binti juga yang dia nak panggil.

Lepas tu ada yang menyampuk, lain kali dengan pak dan minah-minah arab ni jangan bubuh bin atau binti tu.. kalau tak itu la nama yang dia nak panggil. Hahahahahha... Aku pun baru tahu pasal bin@binti ni. Nama aku dah panjang. Selalunya memang tak sebut pun nama bapa. Nama sendiri ni pun pelajar susah nak hafal.

Kini semua pelajar panggil aku dengan nama Faridah sahaja. Tapi jadi masalah bila tanya orang lain nama Faridah, akan ditujukan kepada kak faridah yang kerjanya di dalam pejabat... huhuhuhu...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea