Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 12, 2010

Terlepas cuti 2 minggu

Posted by Faridatul at 9:45 AM
Minggu lepas aku g jumpa Dr. Fadz kat Poliklinik UKM gara2 perutku tidak selesa.. takut plak dirasakan setelah gugur 2 minggu lepas aku tak pernah jumpa mana-mana doktor. Risau mula melanda diriku..Mana la tahu ada saki baki darah yang tak keluar, nanti jadi fibroid plak.

Alhamdulillah, setelah Dr. Fadz merawatku dan membuat scan pada ku, aku disahkan sihat alhamdulillah luar dan dalam. Cuma mungkin hormonku masih tidak stabil katanya.

Tapi diawal perjumpaanku dengannya, Dr Fadz masih mengenaliku. Sudah lama aku tak jumpa dia setelah kesku dibawa ke HUKM. Aku pun cerita lah semuanya. Tapi katanya "sayangnya kenapa tak bawa bahan bukti, kalau tak boleh dapat cuti gugur"...

Laaaa...patut lah aku pelik. Kenapa forum dalam internet yang kubaca semua kata cuti gugur 2 minggu... tapi yang ku dapat last cuti dari doktor di HUKM adalah 3 hari sahaja. Dr Fadz kata tu cuti sebab sakit belum lagi cuti keguguran.

Kalu nk dapatkan cuti keguguran tu, selepas gugur, bawak bahan bukti iaitu kantung keguguran tu (buh dalam bekas) dan bawa mana2 klinik. Nanti dapatlah cuti 2 minggu.

Takpe lah ..walaupun terkilan tak dapat cuti tu, aku tetap akan ke opis gak sebab nak habiskan silibus pelajarku...

2 comments:

ketua geng..from UK...hehe said...

wei..dulu aku dpt cuti sminggu gugur..tak guna gaks..keje kita ni kalu postpone kelas..alamat nak ganti balik tu yg tak sanggup..huhu..kalu tak yah ganti..suka jerk ngan cuti tu..hhe

Faridatul said...

hahahahha...tu la pasal. dah plak tu aku kena subjek yang ehem-ehem...

kalu ade yang mengerti perit kita takpe la..ni bukan tak reti tapi buat2 tak reti tu yang jadi geram..so baik dtg jek kelas.

walaupaun k huda bising suh jaga kesihatan biar prof shahrul yang tentukan penganti tp nnt berbalik kat kita gak... baik aku habiskan kelas kan kak.... :-(

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea