Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

Lagi tanda-tanda kiamat....

Posted by Faridatul at 1:56 PM
Kelmarin aku melihat tv3 yang penuh dengan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Minggu lepas penuh berita mengenai gunung berapi yang meletus di iceland sehingga penerbangan kapal terbang terpaksa dibatalkan.

Pada minggu ini, bencana alam yang melanda di USA, China dan seluruhnya. Malaysia tidak juga ketinggalan. Panas yang melampau dan jangkitan H1N1 yang kembali menular tidak dapat dibendung...

Pada malam jumaat lalu, aku membeli coklat vochelle di stesen minyak petronas sementara menunggu en abang memenuhkan tangki minyak kereta. Ku pegang coklat tersebut, ternyata kesemua coklat didalam petronas hampir lembik. Dalam hati mengutuk gak petronas tersebut sebab pengudaraan yang kurang sejuk sehingga menjejaskan kualiti makanan yang dijual terutama coklat. Disebabkan teringin juga, maka aku pun beli juga.

Disebabkan kami berdua lewat balik dari kerja dan kepenatan, maka kami makan sahaja di kedai. Coklat yang ku beli tadi diletakkan dalam kereta. Sejam kemudian, apabila aku kembali selesai makan dan menyentuh coklat itu semula.. ternyata terus cair coklatnya.. Menunjukkan betapa panasnya suhu Malaysia sedangkan coklat tersebut sebelumnya berada dalam keadaan sejuk aircond dan ditinggalkan sejam di dalam kereta dalam situasi malam. Sebelum ni tak pernah pun terjadi sehingga coklatku lembik.. ish2....

Pabila ku ceritakan kepada rakan seopisku, terkeluar la topik gejala sosial yang makin menjadi-jadi sekarang. Bukan itu saja, solat pun sudah menjadi pilihan samada nak solat atau tak. Sedangkan solat itu adalah tiang agama.

Jangan jadi seperti turki di suatu masa dahulu. Umat islam di malaysia sekarang sembahyang apabila perlu sahaja. Ketika raya haji, raya posa, solat terawih tu ntah la nk cakap solat ke tak, solat jumaat pun boleh kita lihat dengan muka tak malu encik-encik duduk di kedai makan sambil borak2 sehingga la waktu solat selesai...

Hmmmm... persoalannya sekarang, bagaimana kita nak mengubah mereka ini? Bagaimana kita nak menyedarkan mereka ini kepentingan solat itu?

Mudah-mudahan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka...aminnn...

0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea