Semalam semasa dalam bilik kursus solaris, aku termiss satu call dari abah. Jarang abah call waktu pagi gini. Kalau petang atau malam tu biasa lah. Aku pun segera keluar dari bilik makmal dan terus menelefon abah kalau ada hal mustahak.... bimbang juga aku sebab kesihatan abah sekarang kurang memuaskan..
Bukan abah yang call rupa-rupanya mak. Suaranya ketika mula-mula aku dengar seperti cemas sekali.. cemas juga aku dibuatnya... tapi rupa-rupanya nya suara kelam kabut mak tu adalah disebabkan langsir yang aku minta dia jahitkan.
Mak mengelabah sebab ukuran yang aku bagi untuk langsir tingkap melebihi panjang langsir rumah katanya. Aiikkk..pelik aku. Aku tanya la betul ke ukuran yang dibuat. Mak beriya2 kata ukuran yang aku buat tu susah dia nak paham. "Mak tak pernah guna meter... "
Tapi yang pelik, aku bagi ukuran dalam cm bukannya meter. Kalau mak guna meter memang sah-sah melaut panjangnya.. huhuhh.. Mak berungut-rungut pasal ukuran langsir yang aku bagi tu.. Aku dah la nak cepat masuk semula dalam bilik kursus tu..aku pun minta mak ambil pita pengukur untuk aku bagi contoh cara penggunaannyaaa....
Ayat yang paling aku tension sekali bila mak kata "pita pengukur mak dah pututsss.... " laaa...patut la bising kata susah nak guna pita pengukur tu.. pita pengukurnya dah putus.. ish2.. kan senang bagitau saja pita pengukur nya dah putus awal-awal... Sabar jelah...
Tapi yang kelakarnya.. mak kata nanti balik bawa tali untuk ukur.. senang mak ukur kain langsir pakai tali tu jek lain kali. Teringat pula masa dulu-dulu. Bila nak beli kasut ke baju ke.. mak akan ukur siap2 dari rumah ukuran adik-adik... ukurannya diukur bukannya dengan menggunakan tali pengukur, pen dan kertas untuk dijadikan rujukan kat kedai tu nanti tetapi adalah menggunakan tali atau benang yang telah dipotong siap-siap mengikut ukuran... hahahahahh
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment