Pages

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 7, 2010

Cheese Fruit Salad "VS" Pure Black Coffee n' Black Pepper French Toast

Posted by Faridatul at 10:04 PM
Ini la makanan malam aku. Lepas jek solat magrib terus kami mkn malam. Sekarang ni kalu boleh nak amalkan makan sebelum jam 7 tapi sukar sebab selalunya en abang akan balik selepas jam 7. So paling lewat pun sebelum jam 8 malam.

Sian kat hubby aku, dalam seminggu ni dia la basuh pinggan, dia la basuh baju dan dia la masak. Aku masih berpantang.. Hari ni dia balik dalam kepenatan.. aku plak malas nk kuar beli mknan.. so buat jelah apa yang ade dalam peti.. Dalam 15 minit kemudian ini la hasilnya.. cheese fruit salad, kopi o dan french toast.. hu hu hu..

Makan malam dah tersedia... Ittadakimas.. :-)




Bahan2 nak buat cheese fruit salad:
1 biji epal merah
1 biji epal hijau
1 batang karot yang bersaiz kecil ( kalu tak suke mentah..rendam seketika ngan air panas)
1 biji tomato dipotong 6 ke.. 7 ke.. ikut suka ati
segengam baby tomato (kawan beli dr cameron)
sebiji telur rebus (dari kenduri kawen hezza semalam)
sekeping keju cheedar
2 sudu makan mayonis
sedikit garam
sedikit minyak zaiton
sedikit lada hitam( khas tuk orang berpantang. hu hu hu)

Cara-caranya :
potong epal, karot, tomato, dan telur mengikut saiz yang disukai
pecah2kan keju cheedar
masukkan mayonis
masukkan garam dan minyak zaiton
akhir sekali taburkan lada hitam ikut citarasa
kacau hingga sekata.. kemudian bacalah bismillah dan terus ngap masuk mulut.. hu hu hu

2 comments:

Unknown said...

salam fari.
hidup berdua masak pun simple je. kakchik pun masak yang ringkas2 juga kecuali hujung minggu hari takde kelas. cheese fruit salam tu cam sedap je. eh, pagi tadi kakchik buat french toast jugak.

Faridatul said...

wassalam..
ha'ah. masak tuk 2 orang mkn kak. kalu orang lain mungkin suke beli jek.. tp en abang i ni suke makan rumah tak suke mkn makanan kedai.. so camne pun kena la masak.. tapi hujung minggu fari nak mkn sedap balik umah mak.. jarang la ade kat rumah..hu hu hu

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea