Tahun lalu aku telah book rumah persekutuan di Pantai Morib untuk sabtu lepas (18 jun 2011). Harganya murah sahaja iaitu rm50 untuk bilik berkembar. Rumahnya agak selesa. Terdapat 2 bilik yang mana setiap bilik mempunyai toilet nya yang sendiri.
Dirumah itu juga terdapat ruang tamu yang cukup selesa yang mempunya sofa, TV dengan chanel asas astro, dan juga meja makan.
Dapurnya juga hampir cukup lengkap. Aku sebenarnya tahu daripada pembacaan blog orang lain mengatakan peralatan memasak cukup lengkap tetapi tidak pula mendapat detail apakah yang ada dan apakah yang tiada. Jadi aku membawa semua peralatan memasak iaitu periuk, kuali, sudip, cerek, rice cooker dll.. Tetapi rupanya benar la apa yang aku baca dr blog2 tersebut. Memang cukup Lengkap. Set pinggan mangkuk, sudu, garpu, cawan gelas, juga air semua disediakan. Periuk memasak, kuali, sudip, senduk juga disediakan. Tak lupa juga untuk potong memotong, pisau dan tempat memotong pun ada. Yang lagi best, rice cooker, cerek elektrik, dapur yang lengkap dengan gas, dan peti ais. Cukup lengkap semuanya.. cuma kuali tu agak kecil sedikit. Nasib baik bawak yang besar leh aku buat nasi goreng di pagi ahad. Tapi kalu tak bawa pun tak mengapa sbb periuk ada 2 jenis iaitu satu yang sedang dan satu lagi yang besar...
Sampai disana jam 7 ptg sebab suami ku ada kerja di pejabatnya. Jam 4 baru sampai dirumah. Nak mengemas2 barang jam 5 lebih baru kami berangkat dengan dua buah kereta iaitu keretaku sendiri dan kereta bapaku yang dipandu oleh fadzli.
Jam 8 kami pun memulakan BBQ. Ada ayam, udang, sotong, ikan, sosej dan kambing. semua telah diperap terlebih dahulu kecuali udang dan sosej. Daging kambing tu telah diperap oleh orang Jaya jusco..hehehe
Memandangkan yong sekeluarga tak dapat hadir, maka ikan tidak lah kami bakar memandangkan takut membazir pula nnt. Ayam pun yang mempunyai dua bekas hanya dibakar satu bekas sahaja. Yang selebihnya simpan dalam freezer peti sejuk.
Aku tak banyak membantu suamiku tuk membakar. Fadzli, abah, dan ateh sibuk membantu suamiku. Manakala ibu dan ila sibuk membantuku di dapur menyiapkan minuman dan juga air asam pencicah. Aku pula sibuk menyiapkan sup sayur kaki ayam. Ayam dan kaki ayam telah ku rebus dari rumah. Sampai di sini aku hanya memasukkan sayur dan garam sahaja ke dalam sup tersebut.
Alhamdulillah masing-masing kekeyangan. Suami ku pula malam tersebut tak dpt nk tidur lena. Walaupun aircond dan kipas dipasang, dan aku sudah kesejukan, suamiku masih kepanasan. Nilah gara-gara makan daging kambing yang byk besertakan air kopi yang kaw... hehehe
SP Page Builder Dalam Joomla
4 months ago
0 comments:
Post a Comment