Pages

Monday, June 27, 2011

Terung goreng tepung

Posted by Faridatul at 9:23 PM
Ini pertama kali aku buat terung goreng tepung. Suamiku telah beli 3 biji terung dua minggu lalu untuk bakar di morib minggu lepas. Disebabkan makanan yang banyak di morib jadi tak jadi bakar terungnya.

Hari berganti hari, terung masih tidak dimasak2 sehingga la kami balik kampung sabtu lepas. Petangnya mak buat kudapan cucur durian baki dari pagi tadi. Disebabkan sedikit cucurnya, dan adik aku baharin baru balik dari kerja ingin kudapan ptg jadi aku pun terpk idea kawan seopisku tentang terung goreng tepung. Apa lagi terus aku goreng. Leh tahan juga rasanya. Angkat sekali dan hidang terus habis. Tak sempat nk tunggu terung seterusnya masak.

3 biji terung tak cukup ditambahkan lagi dengan tempe goreng. aku potong nipis2 dan makan ngan kicap cili. Nyum2....


0 comments:

Blogger templates

Fakulti ku tercinta

 

:: Telatah Wafiy dan Waiz :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea